MINTA KEBENARAN DOKTOR

Putrajaya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kalau ikutkan bukanlah jauh sangat pun, sekitar 35-40km sahaja. Kalau jalan clear, rasanya dalam 20-30 minit dah sampai. Kebiasaannya, lebih lama sebenarnya masa yang diambil dari Putrajaya ke HKL. Faham-fahamlah ye. Town kot!

Dulu ... Bila adik Izz dirumah (Home Parenteral Nutrition/HPN Programme) dan dia tidak sihat, contohnya demam, aku dinasihatkan untuk bawanya terus ke HKL. Kena timing tak betul, menangis nak sampai ke HKL.


Kini ... Ada sedikit kelonggaran. Dengan syarat, aku perlu menelefon dahulu Wad KK4 Institut Pediatrik HKL. Beritahu keadaan adik Izz kepada doktor dan tanya samada aku boleh bawanya ke klinik kesihatan/ klinik swasta berhampiran.

Jika doktor kata tiada masalah untuk ke klinik berhampiran, tak perlulah aku bawanya ke HKL. Lebih mudah, kan? Seperti sebelum ini, adik Izz kena Chicken Pox. Doktor minta bawanya ke klinik berhampiran dan bila selesai rawatan, doktor sini akan telefon Wad KK4 beritahu condition adik Izz.

Tadi, aku plan hendak bawa adik Izz ambil neb di klinik kerana sudah beberapa hari dia batuk berkahak dan muntah-muntah. Telefon Wad KK4, beritahu doktor dan dibenarkan untuk bawa adik Izz ke klinik berhampiran. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan adik Izz.


Kenapa aku selalu refer Wad KK4 Institut Pediatrik HKL? Sebabnya adik Izz ni “TPN dependent", dan doktor di Wad KK4 lebih arif mengenai keadaannya. When they say it's ok, then it's ok. Kalau doktor kata datang ke wad, then aku perlulah ke wad.

Semoga adik Izz terus sihat dan sembuh hendakNYA. Mudah-mudahan.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post