Bila sebut nama Muhammad Izzaarif Qhalif, tiada siapa yang kenal. Siapa dia? Tapi bila sebut angah Izz, Inshaa Allah ada yang kenal. Angah Izz, satu-satunya atlet tunggal yang merangkul 3 pingat di Karnival Sukaneka Tabika Kemas Zon 3 Putrajaya. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang.
Karnival sukaneka ini menggabungkan 4 Tabika Kemas. Acara dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen (angah Izz jadi ketua kontinjen), diikuti bacaan doa, diikuti dengan senamrobik kanak-kanak dan ibu bapa, disusuli dengan acara sukaneka kanak-kanak Tabika Kemas, kemudian acara untuk ibu bapa dan disudahi dengan acara penyampaian hadiah. Segalanya berjalan lancar.
Angah Izz merupakan pemenang pingat emas acara “susun menara", pemenang pingat perak acara “aiskrim kon" dan pemenang pingat gangsa acara “spring hurdle". Semua warna pingat dia bolot. Cuma, angah Izz sedikit terkilan kerana tidak dapat hadiah “scooter" cabutan bertuah. Nampaknya, aku lah kena belikannya nanti.
Apapun, tahniah kepada semua pemenang.

إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!