TPN DAN PUASA, APA KATA DOKTOR?

Umum tahu yang adik Izz ni seorang TPN dependent. Maknanya tidak boleh tidak, adik Izz tetap perlukan TPN (Total Parenteral Nutrition) untuk tumbesarannya. TPN adik Izz diberi SETIAP HARI. Belum ada apa-apa plan untuk stop TPN lagi walaupun sehari. Tak apalah, itu bahagian adik Izz. Inshaa Allah dipermudahkanNYA.


Memandangkan bulan Ramadan hampir tiba, aku terfikir berkenaan TPN dan PUASA. Bolehkah patient yang on TPN berpuasa? Batalkah puasa jika on TPN?

Asalnya, aku bertanyakan soalan ini kepada seorang SN (Staff Nurse) melalui facebook susulan status nya berkenaan CBD (Continuous Bladder Drainage) / tiub kencing yang tidak membatalkan puasa. Beliau tag beberapa rakan doktor untuk pencerahan.


Apa kata doktor berkenaan TPN dan PUASA?

“Tak leh puasa. Sebab TPN ni menambah zat dan kesegaran pada badan"

“TPN batal puasa"

“Bab sah batal ini kena lihat asas dulu.
Asas pertama samada sesorang pesakit tu layak atau tidak berpuasa? Jika tidak layak kerana penyakit yang boleh membawa maut atau cacat atau lemah badan, maka tidak wajib dia berpuasa. Justeru tidak timbullah dia batal puasa atau tidak sebab dia memang dah tak puasa. Saya rase bagi pesakit yang on TPN, sure dia sudah tidak layak berpuasa.. sudah tidak menjadi kewajipan baginya meneruskan puasa Ramadhan. Sekian"

Terima kasih SN dan doktor atas penjelasan diberikan.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم