KENAPA KUMAN DATANG BALIK?

Seminggu selepas adik Izz discaj, adik Izz dimasukkan ke wad semula. Kali ini di Wad KK4 Institut Pediatrik HKL pula. His “home sweet home" yang sebenar. Admit kali ini adalah kerana jangkitan kuman pada CVL (Central Venous Line). Biasalah tu, patients yang ada CVL memang kerap dijangkiti kuman. Baik di rumah mahupun di hospital.

Dijadualkan adik Izz akan jalani pembedahan untuk “New CVL insertion", tapi terpaksa ditunda kerana keadaan adik Izz yang tidak mengizinkan. Demam yang tinggi, batuk-batuk dan muntah yang agak kerap.


Ada satu perkara lagi yang sebabkan pembedahan dibatalkan, iaitu jangkitan kuman pada paru-parunya. Itu pun dikenalpasti selepas adik Izz menjalani ujian xray. Aduhai.

Dua hari di wad ni, adik Izz hanya berbaring, dengan sesekali mengadu kesakitan. Alahai, kasihannya. Hilang segala keaktifannya yang biasa. Risau melihatnya. Seksa melihatnya.

Harap, ada lah jalan kesembuhan buat adik Izz. Harap, keadaannya akan beransur baik. Harap, kuman pergilah jauh-jauh dan jangan kembali. Harap, adik Izz kuat menghadapinya. Doakan adik Izz.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post