GELI PIJAK RUMPUT?

Ini cerita pasal anak istimewa aku, adik Izz. Dia seorang pesakit kronik ‘rare disease' Sindrom Usus Pendek. Hidupnya bergantung dengan Nutrisi Parenteral (TPN) sepanjang hayatnya. Aku fikir hanya itu sajalah dugaan buatnya, tapi ada yang lain lagi.

Ok, ini salah satunya. Mulai tahun 2018 ini, adik Izz sudah mula jalani terapi cara kerja (Occupational Therapist) kerana banyak perkara yang adik Izz tak mampu lakukan seperti yang sepatutnya dia lakukan as kanak-kanak berusia 5 tahun. Maksudnya, dibawah par/graf.

Banyak cara terapi sebenarnya. Tadi aku test adik Izz berkaki ayam atas rumput. Mulanya, tak berjalan langsung dia. Takut-takut, dan dia minta didukung. Alahai adik Izz, rumput je tu. Lama kelamaan, dia semakin berani untuk berjalan tanpa alas atas rumput tapi masih nampak takut-takut. Buktinya, dia berjalan gunakan tumit kaki. Bukan menjengkit tapi menumit (apa bahasa lah!).

Tak apalah, ini baru cubaan pertama adik Izz. Sekurang-kurangnya, adik Izz usaha teruskan. Nanti kalau kesihatan adik Izz mengizinkan, bolehlah teruskan terapi rumput ni lagi, sampailah adik Izz dah tak geli lagi untuk berjalan tanpa alas atas rumput. Inshaa Allah.


Kalau korang nak tengok macamana adik Izz berjalan tanpa alas atas rumput, korang boleh tengok video kat Instagram aku (the.izz.s). Memang lucu gayanya. Hehhehheh. Oklah, see ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم