Sudah lama anak tidak dimasukkan ke wad, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada semua kerana selalu mendoakan kesihatan anak aku. Anak aku ni memang selalu ke wad kerana dia perlu jalani ujian darah disamping pemeriksaan kesihatan yang lain, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau bukan ke wad pun, dia banyak appointment di klinik pakar pediatrik tu.
Cumanya, baru-baru ini anak aku terpaksa juga admitted wad. Result darah terakhir menujukkan yang anak aku ni hb low. Low sangat lah kot sebabnya doktor telefon sendiri beritahu keputusan ujian darah. Untuk 2 minggu selepas diberitahu doktor, anak aku cuma perlu ambil ubat Folic Asid dan Ammonium Citrate then buat ujian darah semula.
Tak lama pun. Siangnya anak aku diambil sampel darah, malam tu juga doktor telefon beritahu keputusan ujian darah. Hb masih low, sama macam ujian 2 minggu yang lepas. Doktor sarankan agar anak aku dimasukkan ke wad untuk blood transfusion pula. Awal lagi doktor sudah beritahu, jika selepas makan ubat hb nya masih rendah, anak aku perlu diberi darah (blood transfusion).
Akhirnya admitted juga anak aku ke wad setelah lama dia di rumah (Home Parenteral Nutrition). Alhamdulillah satu malam je anak aku admitted. Pagi Jumaat dia masuk wad, petang tu dia transfused darah, pantau satu malam, keesokkannya anak aku sudah dibenarkan untuk discharged.
Dua minggu secara oral anak aku makan ubat, tak berkesan pun. Satu beg darah je beri masa anak aku admitted, terus ujian darahnya dah ok. Nampaknya jika selepas ini masih berulang, kena masuk darah lagilah. Dah jika itu je caranya, aku ikutkan saja. Apapun, tengok minggu ini anak aku jalani ujian darah lagi bagaimana. Aku harap result darah kali ini lebih positif.
Inshaa Allah. Teruskan berdoa untuknya.
fighting!
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!