MESIN RM4000 BUAT HAL?

Infusion Pump, salah satu keperluan yang penting bagi pesakit yang memerlukan 'Home Parenteral Nutrition' (HPN). Dah lama mesin ini aku beli, rasanya sejak tahun 2014 lagi masa mula-mula anak aku bawah Program HPN. Aku beli 'Infusion Pump' ni bersama-sama dengan 'Syringe Pump'. Waktu itu harga kedua-dua mesin ini dalam RM7500.

Tak ingat, rasanya sejak tahun 2015 ke, tahun 2016 entah, hanya satu mesin sahaja diperlukan untuk 'infuse' TPN (Nutrisi Parenteral) sebabnya TPN sudah dicampurkan sekali dengan 'Lipid'. Jadi 'Syringe Pump' itu aku simpan. Cadangnya hendak wakafkan saja di wad, tapi bila difikirkan semula eloklah simpan dahulu, manalah tahu akan datang nanti 'Syringe Pump' itu diperlukan semula. Kan...

Ada satu malam tu, anak aku 'infused'lah TPN seperti biasa. Namun pada pagi esoknya bila TPN dah 'completed', masih ada berbaki separuh TPN dalam pek. Eh??? Kenapa TPN tak habis ek? Banyak pula tu bakinya. Nak kata TPN tak 'running', tak ada pulak 'warning occlusion'. Kalau TPN 'stop', mesti ada 'backflow' tapi tak ada.

Emmm, dah kenapa pula? Aku 'snap' gambar dan beritahu kepada pharmacist. Pharmacist kata TPN tu bancuh seperti biasa saja, tak ada pula terlebih isipadu ke, hape ke. Tak apalah kata aku. Kita tengok 'next' punya TPN bagaimana. Jika berulang lagi, barulah siasat apa puncanya.



Petang tu seperti biasa sebelum anak aku 'connect' TPN, aku pun cucilah 'Infusion Pump' tu dulu. Lap mana-mana yang patut, cek mana-mana yang longgar. Manalah tau kalau-kalau mesin ni buat hal kan? Last aku servis pun rasanya 2 tahun lepas kot! Banyak kali dah aku beritahu technician Terumo tu untuk cek mesin aku ni, but sampai ke sudah tak datang-datangnya!

Jika di wad, 6-12 bulan sekali servis. Ini dah 5 tahun, baru sekali servis. Huhuhu. Mungkin tunggu betul-betul rosak baru mereka datang? Hahaha. Malam tu 'running'lah TPN thru Infusion Pump seperti biasa. Kejap-kejap aku cek mesin, ok ke tak. Alhamdulillah, TPN completed seperti biasa. Dan sampai hari ini, kejadian itu tidak berulang lagi. But aku masih terfikir, kenapa boleh ada separuh TPN lepas 'completed'?

Risau juga kalau sebab mesin. Nantilah aku paksa technician Terumo tu datang cek. Paksa ok, bukan suruh. Hihihi...

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post