SELAMAT HARI JURURAWAT WAD KK7

Terima kasih untuk semua yang telah dan akan anda lakukan. Nurses may not be angels, but you are the next best thing. Profesion jururawat adalah profesion yang mulia, yang memerlukan kesabaran dan dedikasi dan sentiasa mewujudkan sikap mementingkan kerja lebih dari diri sendiri. 

Jika dahulu jururawat hanya mengambil arahan dari doktor untuk mengambil tindakan merawat pesakit, tapi kini jururawat ada 'Nursing Diagnosis'nya sendiri untuk mengenal pasti masalah pesakit dan merancang keperluan dan kehendak pesakit mengikut keadaannya which is I really respect that. Daripada memberi "bedside nursing care", kini sudah kepada kerja-kerja yang lebih "highly technical".

Sentuhan mesin takkan sama dengan sentuhan yang diberikan jururawat. Sentuhan tangannya, tuturan lemah lembutnya mereka, senyuman manisnya mereka dan kecekapan mereka membantu pesakit untuk sembuh. Benarlah, "The human touch heals; the machines help to heal but they have no warmth nor compassion".


Aku, mama Izz dan ketiga-tiga anak aku serta keluarga pernah mendapat jagaan daripada jururawat. Malah ada yang akan terus mendapatkan rawatan dan jagaan daripada jururawat, 'adik Izz'. Walaupun ada sedikit perbalahan, perbezaan pendapat, aku harap janganlah disimpan di dalam hati. Layanan dan jagaan yang baik, sikap tanggungjawab dan dedikasi anda kepada kami amatlah berharga.

Terima kasih kerana menganggap kami sebagai keluarga sendiri, terima kasih kerana menolong kami yang meminta tolong ini, terima kasih kerana merawat kami. 'Therapy' senyuman dan wajah ceria kalian yang selalu kami terima, membantu mengubati kami.

Semoga usaha-usaha mulia anda diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Berkuasa.

Selamat Menyambut Hari Jururawat.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post