PEMBEDAHAN SIRI KE 30 | CVL INSERTION 18

Salam. Rasanya dah 2 bulan lebih sejak adik Izz jalani pembedahan ke 29 nya iaitu CVL insertion ke 17. Terkini, adik Izz perlu lagi menjalani pembedahan. Kali ini, CVL 'insertion' 18.

Bukan saja-saja perlu ganti CVL, tapi CVL 'double lumen' adik Izz ada masalah sedikit. Selama 11 hari di wad, CVL 'double lumen' tu tetap digunapakai untuk drip dan antibiotik. Cumanya, CVL itu tidak boleh digunakan untuk 'aspirate' darah. Baik 'lumen' no.1 mahupun 'lumen' no.2.

Jadinya, doktor buat keputusan untuk 're-insert' CVL baru. Kali ini kami sebagai waris berkeras untuk gunakan CVL 'single lumen'. Iyalah, sepanjang 16 kali pembedahan CVL 'insertion' dilakukan, semuanya guna CVL 'single lumen'. Bagi kami, susah sedikit untuk jaga CVL 'double lumen' ni. 

Sebelum beri 'consent' pembedahan, berkali-kali juga 'remind' agar guna CVL 'single lumen' kali ini. Pembedahan kali ini dijalankan oleh Unit Angiografi HTA (Hospital Tunku Azizah) KL. Sebelum ini pun, ada juga beberapa kali pembedahan CVL 'insertion' adik Izz dijalankan oleh 'radiologist', kebanyakkannya dilakukan oleh 'surgeon'.

Semoga pembedahan kali ini dipermudahkanNYA. Kami harap sangat agar CVL kali ini lebih lama daripada CVL 16 adik Izz. Dan semoga adik Izz lekas sembuh hendakNYA. Doakan adik Izz ya. CVL kekal didada kanan adik Izz.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post