APAKAH ITU HIPOGLISEMIA?

Semenjak beberapa minggu ini,
adik Izz alami 'HYPO' dan kalau menurut google,

" Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu 
mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia 
dan pada waktu kejadian berlaku, 
paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. 
Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang 
apabila paras gula dinaikkan ke paras normal "

" Hipoglisemia boleh terjadi apabila 
paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) 
tapi seringkali individu hanya merasa simptom 
apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL) "


Adik Izz masih dalam proses percubaan 
untuk OFF Nutrisi Parenteral (TPN),
last week pakar OFF untuk 2 hari, 
tetapi bila masuk hari ke-2 adik Izz akan alami HYPO. 

Pakar telah pun tambah penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN) 
kepada 16 jam sehari. 
Namun keputusannya juga sama 
iaitu adik Izz tak dapat bertahan pada hari ke-2. 

Minggu ini adik Izz akan ON Nutrisi Parenteral (TPN) 
selama 20 jam sehari pula 
dan Inshaa Allah adik Izz akan OFF 1 hari sahaja 
untuk lihat samada adik Izz HYPO again or NOT. 

Isu utama adik Izz sekarang adalah ususnya 
tidak menyimpan gula (reserved). 
Apa yang dapat, itu yang dihabiskan. 
Sama-samalah kita doakan agar 'eksperimen' pakar kali ini berjaya. 


Mudah-mudahan!



Minggu ini adalah minggu ke 1 tahun adik Izz hidapi Short-Bowel-Syndrome

6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. pestime dtg sini...semoga anak cpt sembuh ye

    ReplyDelete
  2. insha Allah dipermudahkan utk adik izz ... semoga terus tabah dan tak putus asa menjaga amanah Allah ini ...

    ReplyDelete
  3. @Mila Hilas thanx for read! aaminn Inshaa Allah mudah2an makbul doa rakan2

    ReplyDelete
  4. @Qaseh Vee Inshaa Allah kami akan terus tabah dan sabar berkat doa rakan2 dan sokongan semua

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum empunya blog
    first time saya dengar penyakit ni
    bila sebut hypo, saya fikirkan hypothyroid
    sebab saya adalah salah seorang pesakit hyperthyroid

    apapun saya doakan adik izz cepat sembuh ye
    saya juga doakan keluarga empunya blog tabah hadapi semua ni
    ALLAH tak duga seseorang lebih dari apa yang mampu dipikul =)

    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  6. @Yana Yani terima kasih puan! Inshaa Allah mudah2an dimakbulkan doa puan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post