Source : Google |
Assalammualaikum W.B.T.
Mempunyai anak yang menghidap rare-desease
memerlukan pengorbanan yang BESAR
baik dari segi tanggungjawab dalam pekerjaan
ataupun rutin dalam kehidupan seharian.
Memetik kata-kata seseorang,
"Your life will be TOTALLY changes".
Benarlah katanya kerana perkara yang sebelum ini adalah rutin harian
yang biasa dilakukan terpaksa diubah menurut keperluan semasa.
Kalau dahulu paginya boleh terus hantar anak-anak ke taska
dan kemudiannya ke tempat kerja,
sekarang tidak lagi kerana perjalanan harus dilencongkan
ke hospital terlebih dahulu, kemudiannya ke taska siapkan anak-anak,
dan kemudian barulah ke tempat kerja.
Kuala Lumpur.
Faham-fahamlah dengan keadaan di kota raya sibuk ini.
Perjalanan 2km sekalipun ambil masa lebih kurang 30minit
bergantung kepada trafik semasa.
Di awalnya anak disahkan sakit,
banyak cuti terpaksa diambil.
Adakalanya terpaksa bercuti separuh gaji demi menjaga anak tercinta.
Tidaklah mampu untuk menggaji jururawat persendirian
bagi menjaga anak yang sedang sakit,
ahli keluarga juga yang mengambil alih tugas menjaga anak.
Apabila ahli keluarga ambil alih berganti-ganti tugas
menjaga si anak yang sakit,
segalanya bergantung kepada tahap kesihatan si penjaga.
Andai kata, penjaga tidak sihat dan memerlukan rehat,
terpaksalah bercuti bagi menjaga anak di wad
dan memberi peluang kepada si penjaga untuk rehat dan sembuh.
Keadaan anak yang sakit yang tidak dijangka keadaan kesihatannya,
memerlukan diri bersiap sedia sentiasa.
Andainya ada panggilan daripada pihak hospital,
terpaksalah bergegas untuk kesana.
Terpaksalah kerja yang sedang dilakukan ditinggalkan begitu sahaja.
Bukan tidak mengutamakan tugas hakiki, namun kesihatan anak adalah perkara utama yang perlu didahulukan.
Belum lagi dikisahkan dengan anak-anak yang lain
yang bila tengaharinya perlu dijemput pulang dari sekolah
dan dihantar pula ke transit yang memerlukan 'short-break'
meninggalkan tugas buat sementara.
Mungkin target tahunan tidak akan tercapai,
namun dicuba juga sedaya upaya menyiapkan segala tugasan yang diberi.
Ada yang memahami keadaan ini,
ada yang tidak kisah pun dengan keadaan ini dan
ada yang bercakap-cakap soal ketidakadilan dengan keadaan ini.
Semuanya tidak dipinta, namun ini yang diTAKDIRkan.
Berhenti kerja bukanlah pilihan kerana
inilah yang dapat mencukupkan keperluan.
Bergantung semata-mata pada seorang,
tidaklah sampai hati ini berbuat demikian kerana mengetahui
yang dia juga bergelut memenuhi segala yang diperlukan dalam keluarga ini.
Berjanji dalam diri ini,
cuba melakukan sehabis baik demi tugas dan
cuba memberikan yang terbaik buat si anak.
Budi bicara pihak atasan amatlah diharapkan.
Alhamdulillah sehingga kini mereka amat memahami dan
menyedari kesukaran dihadapi.
Cuma nukilan ini adalah untuk menutup sesetengah mulut
yang sentiasa ternganga yang hanya nampak diri ini
sebagai mengambil kesempatan.
Bukanlah mengambil kesempatan, tetapi inilah realiti yang dihadapi.
Yang mengharap budi bicara dan kompromi
Pegawai Penilai 1 dan Pegawai Penilai 2.
JADUAL :
ISNIN - JUMAAT
| RUMAH 6.15AM -> HKL 7.00AM -> OFFICE 7.20AM -> TASKA 7.40AM
-> TABIKA 8.00AM -> OFFICE 8.25AM -> TABIKA 12.00PM
-> TRANSIT 12.15PM -> OFFICE 12.35PM -> BALIK 4.30PM
-> TASKA/TRANSIT 4.50PM -> HKL 5.15PM -> PUTRAJAYA 6.45PM |
Salam kenal,
ReplyDeleteDatang singgah setelah terbaca kisah di blog Mar dan YY.
Untuk memuaskan hati semua orang memang sesuatu yang mustahil. Buatlah apa yang terdaya. Kita cuba yang terbaik, tapi jika hasilnya tidak seperti yang dijangka, hanya pada-Nya tempat kita mengadu.
@Mummydearie Inshaa Allah, cuba memberikan yg terbaik dan cuba membahagikannya dgn sebaik2nya. Mudah2an dipermuhkan olehNya.
ReplyDeleteTerima Kasih byk2 diucapkan dr kami sekeluarga
Besar sungguh pengorbanan seoarang ayah..moga dipermudahkan segala urusan.doa tidak putus buat adik izz
ReplyDeleteTabahkan hati, doa kamis entiasa bersamamu Papa izzz izzz izzz ish. Semoga Allah permudahkan semuanya Amin!
ReplyDelete@Mar MansorAaminnn. mudah2an dimakbulkan doa aunty mar
ReplyDelete@cik muntelTQ cik mun.. bertuah berkawan dengan cik mun
ReplyDeletemoga yg lain beri kerjasama kpd papa mama izz.
ReplyDeleteamin...
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!