FARMASI MURAH

Senarai farmasi yang murah di Kuala Lumpur dan Bangi | Di bawah Home TPN (Total Parenteral Nutrition) Programme, segala perkara yang dilakukan di wad akan dilakukan di rumah. Bezanya, banyak kelengkapan atau keperluan (disposable item) perlulah ditanggung-beli sendiri. Ada yang aku beli secara terus di farmasi, ada yang aku order melalui wad dan ada juga keperluan aku beli secara online dan akan dihantar terus ke pejabat. Sebab itu aku cuba cari farmasi yang murah dan berkualiti. Mujurlah kelengkapan asas (klik) untuk 'dressing' tiub suapan Gastro (klik) tidak banyak beza dengan 'dressing' tiub CVL (Central Venous Line) dan 'dressing' TPN (Nutrisi Parenteral), cumanya kena order atau beli lebihlah sedikit. 

Kadang-kadang ada yang aku beli secara bulanan, ada yang aku beli setiap 2 bulan dan ada juga yang aku beli secara walk-in terus. Jika bekalan tiada, farmasi biasanya suruh aku tinggalkan contact number dan mereka akan hubungi apabila stok bekalan sudah ada. Tak banyak masalah sebenarnya tentang stok ini, cuma beberapa keperluan yang agak susah didapati seperti Hypafix dan juga bekalan susu adik Izz (Mamex Gold Pepti). Lain-lain biasanya kalau aku walk-in ada je. 

ALPHA Pharmacy Bandar Baru Bangi

Dulu-dulu, banyak juga farmasi aku 'ushar' untuk dapatkan harga murah. Kini, aku hanya tertumpu kepada 3 sumber untuk beli atau order keperluan asas medical adik Izz. Kelengkapan untuk 'dressing' aku akan beli/ order di Farmasi ALPHA (klik) yang terletak di Bandar Baru Bangi ataupun di Medgeneral (klik) untuk belian secara online ataupun di Farmasi Sentral yang terletak di Jalan Chowkit. Itupun bergantung kepada jenis bekalan yang aku perlukan. 

Jika tiada di Farmasi ALPHA, aku cari di Medgeneral, kalau dua-dua tiada, aku cari di Farmasi Sentral. Begitulah sebaliknya. Mereka ada semua yang aku perlukan untuk untuk Home TPN adik Izz dan harga yang ditawarkan pada aku agak murah dan mampu bagi aku. Ada kelengkapan agak mahal, tapi aku perlu beli sebabnya ia sangat penting buat adik Izz dan ada kelengkapan sangat murah. Tapi masih pada aku, harga-harga yang mereka tawarkan murah berbanding farmasi-farmasi yang lain. 


Sentral Pharmacy Jalan Chow Kit

Murah tak murah, keperluan bulanan adik Izz untuk 'dressing' TPN (Nutrisi Parenteral), 'dressing' tiub CVL (Central Venous Line), 'dressing' tiub suapan (Gastrostomy), keperluan susu khas (Mamex Gold Pepti) dan lain-lain sekitar 8++ - 9++ jugaklah. Tapi tidak mengapa. Demi kelangsungan hidup adik Izz dan kesembuhannya, aku dan mama Izz sanggup. 

In Shaa Allah apa yang kami lalui ini akan mendapat bantuan dari Yang Maha Esa.

Murah pada aku ialah pada harga keseluruhan yang aku beli secara bulanan. Kalau satu-satu, mungkin ada yang lebih murah kot!


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post