JUMLAH KALORI MUNGKIN DITAMBAH

Kekal berat badannya namun makin kurus. Macammana tu? Setiap dua minggu, adik Izz perlu ke Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk diambil rekod berat badannya, ujian darah dan lain-lain pemeriksaan. Kadangkala naik, kadangkala turun dan kadangkala kekal. Naik tidak banyak, turun juga tidak banyak. Purata setiap dua minggu adalah +- 100 gram. Dan Jumaat baru-baru ini, pakar melihat adik Izz yang mana walaupun berat badannya kekal, namun kaki dan tangan adik Izz agak mengecut. 

Melihatkan perkara itu, pakar akan berbincang dengan 'pharmacist' untuk meningkatkan jumlah kalori dalam Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Sejak pulang (discharge), jumlah kalori yang diberi melalui Nutrisi Parenteral (TPN) adalah 711.73 kcal. Selebihnya adik Izz akan dapat melalui makanan atau minuman yang diberi secara oral dan juga susu yang diberi secara tiub suapan Gastro. 

Kurang kalori
Alahai, doktor kata dah mengecut.

Berbeza dengan di wad yang adik Izz hanya duduk di katil, bila di rumah adik Izz sangat aktif. Mungkin sebab itu, kalori yang diterima diguna terus (logik aku). Tengok dahulu minggu ini bagaimana samada jumlah kalori akan ditambah atau tidak. 

Aku dan mama Izz tiada masalah dengan penambahan kalori ini, cuma aku berharap jika kalori ditambah janganlah jumlah masa pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) juga ditambah. Cukuplah hanya 12 jam. Jika ditambah lagi jamnya, aku mungkin terpaksa balik agak awal untuk mulakan Nutrisi parenteral (TPN) ataupun keluar kerja lewat kerana Nutrisi Parenteral (TPN) lambat habis. 

Hope kekal dengan 12 jam, In Shaa Allah. 


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post