KEMBALI KE SEKOLAH

Cabaran buat kami, dugaan buat adik Izz. Enam bulan pertama Tahun 2019 ni, banyak betul adik Izz terpaksa 'skip' sesi persekolahannya. Lima kali adik Izz kena 'admission to' wad dan sekali dia perlu menjalani pembedahan. Bila adik Izz 'discharged', bukannya dia boleh terus memulakan sesi persekolahan. Biasanya adalah "tempoh bertenang" dalam seminggu dua untuknya berehat dirumah, mengembalikan kekuatan. Bolehlah dikatakan adik Izz MC selama 6 bulan (pukul rata).

Dan Alhamdulillah, hari ini adik Izz sudah memulakan sesi persekolahannya. Mujurlah semangatnya masih berkobar-kobar untuk bersekolah walaupun sudah lama dia bercuti. 'Excited' seperti baru pertama kali hendak bersekolah.



Cabaran buat anak dengan penyakit 'rare disease' yang ada 'tubing' ni, ialah nak elakkannya daripada 'infection'. Empat daripada lima kali 'admission' semuanya disebabkan oleh jangkitan kuman. Pelbagai cara sudah digunakan, pelbagai pesanan juga buat guru 'but' masih adik Izz akan terkena jangkitan kuman. Kalaulah kuman tu boleh nampak, mungkin masalah ini dapat dielakkan. Kalau...

Aku harap adik Izz dapat menghabiskan sesi persekolahannya kali ini. Aamiin Allahumma Aamiin.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan


    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Powered by Blogger.