Biro Tatanegara

Biro TataNegara? BTN? Kenegaraan? Ape benda ni?
Siapa penjawat awam mereka pasti tahu kursus kenegaraan ini.
Sayalah salah seorang penjawat awam itu yang menghadiri kursus ini.

27 Mei hingga 31 Mei 2010... Saya hadiri kursus ni. 
Di Kolej Tun Perak (KTP), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
(1st batch of new modul-almost 3000 pax): penambahbaikan - xde kembara, ujian kecergasan 2km

BTN nie plak, mmg diwajibkan... lagipun untuk kerjaya aku gak... mmmm... 5 hari 4 malam camne la gaya anak2 aku kat umah ekkk?? Harap my wife dapat jaga bdk2 dgn baik..... Amin...

Tak susah pun. Masa ceramah dan dialog pasang telinga, dengar baik-baik. Masa LDK, join sesungguh. Masa bersenam, kasi tegang urat-urat yg jarang disenamkan. Masa makan, habiskan. Masa tidur, bermimpilah. Mimpi adalah kunci untuk kita...

Antara program lain yg aku paling suka ialah masa senaman. HOHO setiap petang perlu bersenam. Ada senaman biasa, chicken dance yg menjadi lebih seksi, kemudian ke poco-poco. Syok habis menari poco-poco ni walaupun baru belajar peringkat pertama. Seronok bila tengok aksi jurulatih yg macam expert tp lagi seronok tengok peserta lelaki yg keras menari. HAHA.  

HAAAAAA tapi senaman paling seronok adalah Senam Tari Malaysia yg dibawakan khas secara audio oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Senaman yg makan masa lebih setengah jam ni memang happening. Senaman ni menggabungkan hampir kesemua jenis tarian etnik bangsa yg ada di Malaysia. Memang mencabarlah walaupun diulang banyak-banyak kali. Memang basah lenjun jugalah badan nak ikut setiap gerak tari. Amat di-recommend kepada sesiapa yg senang bersenam di depan tv atau laptop. Bersenam betul-betul ok, bukan bersenam jari di depan laptop.

Kami juga dihidangkan dengan filem 1957 Hati Malaya. Memang selama ni nak tengok cerita ni, tp sebab keluar kat wayang je, terus tak ada kesempatan tengok. Alhamdulillah dapat tengok wayang free dengan kawan-kawan baru di BTN. Bila amik seat belakang, memang dunia ana yg punyalah. Duduk seselesa mungkin dengan hidangan snek yg aktif sepanjang wayang. Oh, filem ini antara filem yg wajib ditonton rakyat Malaysia. Sempena kempen 1 Malaysia, amat menyarankan supaya kerajaan tayang filem ni di semua rangkaian televisyen beberapa hari berturut-turut kasi brainwash semua otak yg menghadap tv. Amik kau. HAHA 
Tapi memang seriously bermakna. Meremang bulu roma bila adegan mengumpul derma untuk ke London oleh Tunku Abdul Rahman. Ok baiklah, bukan meremang saja, malah ada yg dah meleleh-leleh menangis di belakang. Tapi tak segan pun, sebab MEMANG BERMAKNA (perlu ulang berkali-kali. yeah~) adegan tersebut dalam mencapai kemerdekaan. Selamat Menyambut Merdeka ewah tetiba. Adegan menyanyikan lagu Negaraku pon buat aku rasa nak berdiri. HAHA

Ketua fasi ada cerita..
"Masa kita tayangkan pada pelajar sekolah rendah beberapa bulan lepas, untuk adegan menyanyikan lagu Negaraku, semua pelajar bangun berdiri tegak menyanyikan bersama-sama. Saya tengok kiri kanan semua pelajar bangun, saya jadi segan. Saya pun bangun sekali. Tapi saya tak nampak suasana tu di sini.."

Oh, percayalah, semua orang rasa nak berdiri masa nyanyi lagu tu. Cuma segan je. HEHE

Jadi, apa yg diperoleh sepanjang dan dari kursus?

Oh, banyak. Antaranya :
1. Ilmu. Banyak sebenarnya perkara tentang negara yg kita tak tahu, terutamanya kalau kita tak ambil tahu. Dan banyak juga perkara yg kita kena ambil tahu kalau kita tak nak buruk sangka dan salah faham terus menular. Namun, lagiiii banyak perkara yg kita boleh persoalkan pada fasilitator tentang apa jua yg berkaitan negara. Sejarah, pendidikan, sosial, politik lah paling best. Mereka akan menjawab dengan padat dan penuh gembira. Ilmu paling menarik aku tau ialah mengenai Kesultanan Melayu Melaka yg membuatkan aku rasa nak buat PhD dalam tajuk tu. InsyaAllah. Contoh soalan menarik ialah, tahukah kamu bahawa penghapusan etnik Melayu pertama di dunia dilakukan di pantai Melaka? HAAAA
2. Minda yg lebih terbuka dan rasa ingin tahu yg tinggi. Untuk aktiviti bersifat ceramah yg kedengaran bosan, siapakah yg mampu bertahan sangat untuk aktiviti sebanyak 3 sesi ceramah. 3 ok, 3.Namun, kerana input yg banyak dan persoalan yg dibangkitkan berat-berat, jadi rasa nak tidur disekat dan digantikan dengan pengaktifan neuron-neuron yg galak mencerna maklumat baru. Lepas tu asyik rasa nak mempersoalkan dan menjawab je dalam LDK.
3. Catatan pengalaman penceramah yg bukan sedikit. Paling terkesan dengan ceramah Patriotisme oleh Jeneral (B) Zaini. Beliau adalah individu yg melumpuhkan al-Ma'unah di Bukit Jelatik dulu. Bukan jasa dia yg banyak dia cerita. Dia lebih kepada menyelongkar foto-foto hitam putih dia dan bercerita kenangan dan pengalaman dari situ serta menerapkan mesej-mesej patriotisme dalam setiap ceritanya.

Kesimpulannya, bagi aku, kursus kenegaraan tak teruk pon. Sebenarnya yg menjadikan sesuatu perkara tu baik atau buruk adalah minda kita. Kalau kita mencari kebaikan dan ke-positifan dalam sesuatu perkara, even perkara yg orang rasa teruk, maka kita akan menerimanya dengan baik. Sebaliknya kalau kita memang jenis nak cari yg buruk dan negatif tentang sesuatu, hatta sesuatu yg baik pon, maka kita akan terus-terusan bersikap negatif, salah faham dan buruk sangka terhadap sesuatu tersebut. It's all in your mind. Mungkin kerana aku memang berniat nak mencari yg baik dan baik-baik belaka sepanjang kursus, maka aku balik dengan pelbagai kebaikan, langsung tak rasa macam nak buruk-burukkan. Eh, lagipun kursus ni memang seronoklah! Tak tipu. ^____^

meh aku selit2 sket group aku k...maklumlah, aku nih CHIEF of GROUP 16 tp ASSISTANT aku xsnap (pdn muke ko!)

dr kiri: Martina(satu2nya melayu(non-mus)), Pn. Nor, Pn. Farah Ezlin & Pn. Maziah


dr kiri: Cik Rosni, Pn. Azza, Cik Lizawati, Pn. Jaja & Cik Nurul


nih tambahan je...aku lupe nama, tp aku pgl si 'dia' panjang...hahah, dia nih mmg tinggi bukan main, beberapa inci lebey dr aku...(syg jgn jeles tau, sbb dia da kawen)huhu...mampos aku upload pic ngn wanita lain!

p/s:byk lg, tp ckp le yerk! kang wife aku ckp aku menggatal laks kt sane..huhuhu

Pesanan penulis, pergilah berkursus kenegaraan! Lalalai~

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. abg kursus ke mengorat?memang nak kena ni.hehehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post