Assalammualaikum . . .
Alhamdulillah syukur pada Ilahi apabila petang semalam
keputusan ujian darah adik Izz tidak menunjukkan apa-apa tanda jangkitan
pada tiub Central Venous Line (CVL) nya.
Walaupun ada bacaan yang Low dan High,
namun masih dalam julat bacaan normal ataupun hampir.
Adik Izz cuma demam biasa, sedikit batuk-batuk dan selsema.
Doktor berikan adik Antibiotik secara terus melalui tiub
tetapi tidak memerlukan mesin Syringe Pump
seperti pemberian Antibiotik sebelum-sebelum ini.
Menurut opah Izz, adik Izz sedikit meragam.
Mungkin kerana tidak selesa hidungnya agak sedikit tersumbat
dan tekaknya agak kemerahan.
Meragam sahaja adik Izz seharian. |
Petang ini Dato' ingin berjumpa kami papa Izz dan mama Izz
berkenaan dengan 'new plan' adik Izz pada bulan hadapan.
Sejak semalam lagi hati ini memikirkan pelbagai perkara.
Tertanya-tanya apakah 'plan' yang akan Dato' ceritakan?
Harapnya 'plan' baru untuk adik Izz ini
dapatlah kami terima dengan hati terbuka.
Inshaa Allah . . .
Apa yang aku ingat, sudah beberapa plan telah dibuat sebelum ini.
Antaranya :
1. Plan Nutrisi Parenteral (TPN) + LIPID 20 jam
2. Plan Nutrisi Parenteral (TPN) + LIPID 16 jam
3. Plan Nutrisi Parenteral (TPN) + LIPID 12 jam
4. Plan "Home TPN Programme"
5. Plan "Chemoports"
6. Plan Nutrisi Parenteral (TPN) + LIPID dalam 1 pek
7. Plan OFF Nutrisi Parenteral (TPN) 1 hari
8. Plan OFF Nutrisi Parenteral (TPN) 2 hari
9. Plan "Dressing" Central Venous Line (CVL) setiap hari
10. Plan mandikan adik Izz dengan "Chlorohexadine"
Aku terima semua 'plan' dengan harapan agar adik Izz sembuh.
Kami percaya para doktor cuba sedaya mungkin untuk pesakitnya.
KEUTAMAAN kami sekeluarga hanya ingin melihat adik Izz sembuh.
Kami sentiasa berDOA kepada Ilahi
agar kami sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan
agar kami mampu menjaga adik Izz sehingga sembuh.
Kadang-kadang terfikir andai adik Izz
menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) sepanjang hayatnya,
BAGAIMANALAH ADIK IZZ ANDAINYA KAMI TIADA?
tetiba sayu baca... kami yang anak sihat sehingga hari ni pun tak boleh bayang andai kami tiada.. inikan pula aadik izz yang istimewa... insya allah.. Allah akan permudahkan jalan orang yang beriman.. bnyk2 berdoa ye.
ردحذف@Allene ALineWorks Inshaa Allah, kami cuba sentiasa untuk berfikiran positif. Cuba kuatkan diri dan semangat untuk terima seadanya. Tak putus doa kami titipkan demi adik Izz, semoga Allah terima semua yang kami rintihkan.
ردحذفTerima kasih
Semoga kekal tabah! Semoga adik Izz kuat..in shaa Allah. Moga diringankan segala kesakitan adik Izz dan dipermudahkan segala urusan keluarga adik Izz dan para doct yang terlibat agar menemui penyelesaian secepatnya. Allahu Akbar..hope ada keajaiban untuk anak kecil ni agar dapat sihat dan menjalani hidup seperti anak kecil lain Aamiin..
ردحذفsayu hati tgok adik Izz menangis macam tu...walau kita xde kena mengena tp perasaan tu hadir sbb SA ibu juga...doa untukmu anak...semoga cepat sembuh
ردحذفSangat comelll adik Izz. N tersentuh hati keibuan baca n view blog ini. Sebak! Saya doa kan semoga adik Izz diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.
ردحذفsemoga aik izz cepat sembuh dan dipermudahkan rawatan die .... bertabah la wahai ibu dan ayan adik izz
ردحذفSemoga adik Izz sentiasa kuat! Aunty Zarith doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah
ردحذفSemoga adik Izz sentiasa kuat! Aunty Zarith doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah
ردحذفtoday baru tau pasal Izz.
ردحذفsedih...
moga cepat sembuh :)
in shaa Allah...
@NurSakinahInshaa Allah...mudah2an ada doa2 dimakbulkan Allah...
ردحذفTERIMA KASIH
@Amanda SuriaTERIMA KASIH.. Kami jua mengharapkan kesembuhan adik Izz
ردحذف@FaRah BaharomAaminnn... Inshaa Allah!
ردحذفTERIMA KASIH
@eimaInshaa Allah... Kami cuba bertahan demi adik Izz
ردحذفTERIMA KASIH
@Diari Ibu ZarithAamin.... mudah2an dimakbulkan hendakNya
ردحذفTERIMA KASIH
@adianiez AIDAHope ada sinar untuk adik Izz akan datang...
ردحذفTERIMA KASIH
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!