"Along Angah, nanti belajar rajin-rajin tau.
Dah besar mama nak salah seorang jadi doktor ye.
Tolonggglah carikan jalan atau ubat untuk sembuhkan adik ye! Mama harap sangat-sangat",
kata mama Izz kepada along Izz dan angah Izz.
Dia tak faham apa kata doktor.. Namun dia memahami ape reaksi pada papa dan mama Izz |
Usus 8cm adik Izz terpendek yang ada sekarang ini.
Adik Izz akan guna Nutrisi Parenteral (TPN)
sepanjang hayatnya (TIUB 1) yang mana
penggunaan TPN untuk jangkamasa panjang
akan 'effect' pada 'liver' adik Izz.
'Plan' 2015 ini adalah untuk lakukan pembedahan
pisahkan usus kecil daripada usus besar
dan sambungkan usus kecil adik Izz
menggunakan tiub keluarkannya melalui perut (TIUB 2).
Apabila makanan dan minuman diberikan,
tiub berkenaan akan ditutup dan dibiarkan
makanan/ minuman dalam usus berkenaan selama 4 jam.
Selepas 4 jam, tiub akan dibuka semula
untuk membuang lebihan makanan/ minuman tersebut.
Tujuannya adalah untuk mengembangkan usus kecil adik Izz.
Perut pula akan disalurkan dengan satu tiub lagi
untuk proses beri makanan/ minuman (TIUB 3)
seandainya apa yang adik Izz makan/ minum
melalui mulut kurang daripada yang sepatutnya.
Selepas sebulan/ beberapa bulan,
andai kata usus kecil adik Izz mengembang
ke saiz yang diperlukan, pembedahan
"MEMANJANGKAN USUS" pula akan dijalankan.
Kemungkinan usus 8cm adik Izz
MUNGKIN boleh bertambah kepada 16cm - 20cm.
Kita cuba sedaya mungkin, biarlah Allah yang tentukannya |
TUJUAN utama adalah untuk mengurangkan kebergantungan
adik Izz menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari
kepada 3 atau 4 hari seminggu.
NAMUN....
Nutrisi Parenteral (TPN) tetap sepanjang hayat adik Izz.
Kaedah ini semua adalah yang PERTAMA
akan dicubapakai kepada adik Izz.
NO GUARANTEE tapi usus sediada 8cm
TIDAK AKAN berkurangan panjangnya.
Hanya itu GUARANTEE yang dapat diberi!
Inshaa Allah,
'plan' ini akan dilaksanakan JANUARI 2015!
Semoga plan ini berjaya... serah segalanya pada yang maha hebat bro... semoga family Izz tabah menempyh dugaan berat ni :)
ردحذف@TunSha AyunieInshaa Allah...
ردحذفTERIMA KASIH
Papa dan Mama Izz izz izz izskh dah berusaha yang terdaya. Para doktor pun. Sekarang ni kita Doa! Doa! Doa! Semoga adik sembuh macam anak2 yang normal yang lain.
ردحذف@cik muntelthanx mun for being very supportive!
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!