"Sayang minta ampun pada abang dan anak-anak
andainya selepas ini sayang nampak seperti abaikan abang, along dan angah.
Andai sayang kurang memberikan tumpuan pada semua.
Sayang cuma ingin adik sembuh je.
Sayang tak boleh fikirkan perkara-perkara lain selain adik".
Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga |
Itulah kata-kata mama Izz dalam 'meeting family' yang lepas.
Mungkin mama Izz merasakan yang dirinya berlaku tidak adil kepada kami
dengan setiap waktunya fikirannya hanyalah adik Izz.
Mama Izz sebenarnya sanggup untuk tidak pulang ke rumah
asalkan adik Izz ada disisinya sentiasa.
Namun atas desakan opah Izz yang sanggup berkorban
menggantikan mama Izz menjaga adik Izz di hospital,
mama Izz terpaksa akur.
Bila mama Izz pulang,
dari dalam kereta lagi dia akan bercerita mengenai adik Izz.
Setiap masa.
Dirumah sambil memasak, waktu makan malam,
waktu mama Izz iron baju even waktu berbaring sebelum tidur juga
mama Izz akan bercerita tentang adik Izz.
Aku, along Izz dan angah Izz sebenarnya tidak kisah
malahan kami memahami keadaan.
Adik Izz memang memerlukan perhatian penuh,
tambah-tambah pula dengan perhatian dan kasih sayang yang diberikan
sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan kepada adik Izz
untuk melawan dan bertahan dengan sakitnya.
Aku isi masa along Izz dan angah Izz
dengan membawa mereka berjalan-jalan pada hujung minggu
supaya mereka tidak merasa bosan.
Keseronokan mereka rasai dapat melupakan seketika
yang mama Izz mereka tiada di sisi demi menjaga adik Izz di hospital.
Bila ditanya kepada along Izz dan angah Izz mama mana?
Mereka cuma menjawab, "Mama kat hospital. Mama jaga adik. Adik sakit perut."
Berulangkali tanya, itulah sahaja jawapan mereka.
Aku ambil alih tanggungjawab dirumah dengan menguruskan mereka
manakala opah Izz uruskan bab masak-memasak dan kemas-mengemas.
Atok Izz, Alhamdulillah masih sihat
menguruskan bab basuh-membasuh dan lipat-melipat pakaian.
Semoga kami semua diberi kesihatan dan kesabaran
dalam mengharungi cabaran dan dugaa-Nya ini.
semoga terus tabah menghadapi cabaran dan semoga dipermudahkan lagi...
ردحذفfhm perasaan mama izz.. ibu mana tak sayang anak... semoga adik izz kuat dan cepat sembuh... sampai kan salam pada mama izz...
ردحذفSemoga allah permudahkan buat Adik Izz...sedih hati baca kisah adik ni...coz im a mum so i know its hurts when seeing our loved ones mcm tu...insyaallah adik Izz akan sembuh...amin...
ردحذف@Farah Waheda Wahid aaminn.. Inshaa Allah kami cuba yang terbaik!
ردحذفTQ very much
@Allene HadleneInshaa Allah, akan saya sampaikan salam pada mama Izz. Hanya wanita yang memahami wanita. TErima kasih atas sokongan yang diberikan
ردحذف@Amanda Suriaaaminnnn... Kami juga berharap begitu. Kesembuhannya amatlah kami nanti2kan
ردحذفSemoga tabah menghadapi dugaan dan semoga adik Izz sembuh seperti sediakala.
ردحذف@Mrs. AMudah2an... terima kasih
ردحذفhati seorang ibu...
ردحذفAllah Maha Besar...
hanya Allah Maha Mengetahui nya :(
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!