11 NOV 2013 (Ops 1) :
Pembedahan dijalankan atas saranan pakar HKL
kerana ingin mengetahui punca adik Izz muntah-muntah
dan kenapa perutnya mengembung.
Hasil pembedahan mendapati usus adik Izz terbelit
dan sudah nampak kehitaman kerana tiadanya aliran darah.
Doktor bedah Hospital Putrajaya hanya membetulkan salur darah
dan membuang sedikit usus besarnya.
Menurut doktor, usus kecil adik Izz semasa itu panjangnya adalah 100cm.
Adik Izz kemudiannya dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL.
13 NOV 2013 (Ops 2) :
Pakar bedah Pediatrik melakukan pembedahan untuk membuang usus kecil
adik Izz yang disahkan telah mati / tidak berfungsi.
Pembedahan ini hanya membuang 10cm usus kecil adik Izz
dan menurut pakar hanya 5cm usus kecil adik Izz yang benar-benar sihat,
selebihnya belum pasti.
Jangkaan pakar masa ini, 70-30 iaitu 70% adik Izz takkan survive.
05 DIS 2013 (Ops 3) :
Adik Izz menunjukkan gejala positif,
Alhamdulillah dan pakar bedah ambil keputusan untuk menjalankan
pembedahan untuk mengetahui progress baki usus kecil
yang selain 5cm itu samada ianya sihat atau tidak.
Pakar mengesahkan usus kecil adik Izz tidak dapat diselamatkan lagi
dan ketika pembedahan dijalankan,
ususnya telah pun kehitaman dan sedikit berbau.
Usus kecil adik Izz dibuang meninggalkan 5cm sahaja usus kecilnya.
Pembedahan kali pertama
tiub Central Venous Line (CVL) di bahagian kiri dada adik Izz.
22 JAN 2014 (Ops 4) :
Pembedahan menyambungkan usus kecil adik Izz ke usus besar dijalankan.
Kuasa Allah, usus adik Izz bertambah ke 8cm yang mana
menurut doktor, usus tidak memanjang tetapi hanya mengembang.
Nutrisi Parenteral diberi selama 20 jam sehari setiap hari |
10 FEB 2014 (Ops 5) :
Pembedahan memasukkan tiub Central Venous Line (CVL)
ke dada adik Izz dimana tiub berkenaan akan disambungkan terus
ke salur darah berhampiran dengan jantung adik Izz
bagi tujuan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN).
Tiub CVL disambung di bahagian kanan dada adik Izz.
14 APR 2014 (Ops 6) :
Pembedahan memasukkan tiub Central Venous Line (CVL)
yang baru di bahagian kanan dada adik Izz untuk 'Home TPN Programme'.
25 APR 2014 (Ops 7) :
Pembedahan memasukkan lagi tiub Central Venous Line (CVL)
yang baru ke bahagian dada kanan adik Izz kerana CVLnya tercabut.
28 MEI 2014 (Ops 8) :
Pembedahan dijalankan kerana tiub Central Venous Line (CVL)
adik Izz dijangkiti, dan tiub CVL baru juga
dimasukkan ke bahagian dada kanan adik Izz.
04 OGO 2014 (Ops 9) :
Selepas beberapa siri pembedahan memasukkan
tiub Central Venous Line (CVL) dijalankan,
kekerapan tiub CVL berkenaan tercabut dan dijangkiti tinggi.
Pakar mengesyorkan kaedah baru iaitu Chemoports.
Pembedahan menanam Chemoports ke dada adik Izz dijalankan
dan setiap minggu adik Izz harus tukar penggunaan jarum Chemoports.
09 SEP 2014 (Ops 10a dan Ops 10b) :
Penggunaan Chemoports tidak berjaya kerana jangkitan
dan pembedahan membuang Chemoports dijalankan.
Pembedahan tiub sementara untuk Nutrisi Parenteral (TPN)
adik Izz dibuat di bahagian paha kiri adik Izz.
02 OKT 2014 (Ops 11) :
Pembedahan memasukkan tiub Central Venous Line (CVL)
yang baru bagi menggantikan tiub sementara di paha kiri adik Izz dijalankan.
Kali ini tiub CVL dimasukkan di bahagian kiri dada adik Izz.
Allahuakbar...saya doakan semua urusan adik Izz dipermudahkan..
ردحذف@CikSiti Inshaa Allah. terima kasih mendoakan adik Izz. Nih pun dah ada tanda2 CVL ada jangkitan. emmm!
ردحذفYa Allah sedih sgt bila baca entry .... sy doakan adik izz cepat sembuh ......
ردحذفAllahu Akbar :(
ردحذفsayu hati aunty aida ni, Izz :(
besarnya dugaan mama papa Izz.
moga sihat ye Izz.
moga segalanya berjaya mulai saat ini and Izz boleh berlari-lari main kat taman !
Allah... semoga dipermudahkan ...semoga cepat sembuh... sedih baca..teringat kat anak sendiri...besarnya dugaan :(
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!