Assalammualaikum . . .
Sementara menanti adik Izz menjalani pembedahan yang dirancangkan
akan dijalankan pada Januari 2015, adik Izz perlu dijaga
dan dipantau tahap kesihatannya.
Semoga tiada apa-apa yang menghalangnya
daripada menjalani pembedahan berkenaan.
Perkara UTAMA yang dihadapi adik Izz adalah 'HYPO'.
Untuk memberhentikan sementara Nutrisi Parenteral (TPN)
bukanlah option terbaik kerana adik Izz bermasalah untuk 'reserve' gula
yang ada di dalam darahnya. 'HYPO' kepada adik Izz amat bahaya
kerana ia memberi kesan sampingan kepada otak adik Izz.
Menambah lagi kerisauan kami, penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN)
untuk jangkamasa panjang pula boleh memberi kesan sampingan
kepada hati adik Izz. Aku harap pelan pembedahan pertama
iaitu "mengembangkan usus" dan
pelan pembedahan kedua "memanjangkan usus"
adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah 'Hypo' adik Izz
dan dapat mengurangkan kekerapan penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN).
Semoga Allah berikan keajaibanNya untuk menyembuhkan adik Izz |
Hati mana yang tidak risau andai apa yang adik Izz lalui sekarang
iaitu Nutrisi Parenteral (TPN),
yang kami fikir adalah jalan perubatan terbaik bagi adik Izz
namun ia memberi kesan kepada hatinya pula.
Andai kami sarankan adik Izz diberhentikan Nutrisi Parenteral (TPN) pula,
ia akan memberi kesan kepada otaknya pula.
Pilihan 50-50, salah satunya ada 'effect'.
Benarlah kata doktor, "hanya keajaiban Allah dapat sembuhkan adik Izz".
Kami cuma berharap yang Pelan 2015 yang para doktor rancangkan
adalah langkah terbaik yang ada kini
yang Allah utuskan melalui buah fikiran mereka.
Berserah sajalah kepadaNya. Inshaa Allah.
serius sy xblh nka baca lelama psl adik izz..airmata cpt je nak gugur..tmbh2 bila tgk wajah dia yg comel, montel tu..alahai rupanya menaggung kesakitan..
ردحذف@Mila HilasThanx.. kita hanya mampu berdoa agar dia sembuh. Terima dengan redha
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!