Semenjak akhir-akhir ini semakin ramai rakan-rakan alam maya yang menulis artikel dan berkongsi kisah mengenai adik Izz. TERIMA KASIH aku ucapkan kerana keprihatinan pelbagai pihak yang tanpa mengenali kami sanggup berkongsi kisah suka-duka adik Izz. Untuk itu, eloklah rasanya andai aku berikan info ringkas serba sedikit mengenai adik Izz agar artikel / entri / kisah yang dikongsikan itu adalah info yang terbaru dan sebenar.
Pic terkini adik Izz |
Butiran Peribadi :
Nama : MUHAMMAD IZZSYRAQ AZRAQ BIN MOHD KHIZRUL RHIZAN
Nama Ibu : NOR SAFARINA BINTI ELIASOD
Tarikh Lahir : 31 MAC 2013
Waktu Lahir : 12:27 PM
Tempat Lahir : HOSPITAL KAJANG
Berat Lahir : 3:00 KG
Anak ke : TIGA DARIPADA TIGA BERADIK
Short Bowel Syndrome (Sindrom Usus Pendek) SBS :
- Adik Izz muntah teruk, sukar bernafas
dan perut mengembung kerana tidak buang air besar (08 NOV 2014)
- Wad ICU Hospital Putrajaya (4 hari)
- Transfer ke ICU Institut Pediatrik HKL (12 NOV 2013) selama 6 hari
- Selebihnya di wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur
- Usus kecil terbelit lebih daripada 4 kali dan mati (kehitaman)
- Operate betulkan salur darah
- Operate buang 10cm usus mati
- Operate buang baki usus yang telah mati
- Disahkan "Short Bowel Syndrome" (SBS)
- Usus kecil adik Izz yang masih sihat hanya tinggal 5cm
(dipercayai terpendek di Malaysia di kalangan SBS)
- Izz alami gangguan dalam proses cerna dan serap nutrisi makanan
- Jumlah makanan, susu dan air yang diberikan melalui mulut Izz dihadkan
- Gejala cirit-birit teruk serta muntah-muntah (terlebih makan)
Apabila CVL connected to Nutri Parenteral (TPN) |
- Nutrisi tambahan seperti Nutrisi Parenteral (TPN) dan Lipid
diperlukan demi mencukupi keperluan nutrisi harian Izz.
- Diberikan melalui Catheter / Central Venous Line (CVL)
- Penjagaan CVL tidaklah mudah, kerana ia mudah dijangkiti
(6 kali operation reinserted, relocated CVL)
- Tukarkan CVL kepada Chemoports
(pengguna pertama Nutrisi Parenteral (TPN) by Chemoports)
- Tukar Chemoports ke Central Venous Line (CVL) semula
- Gejala susut berat badan dan kurang gula dalam darah (HYPO)
bila Off Nutrisi Parenteral (TPN)
- Hampir 59 hari berada dirumah untuk program 'Home-TPN'.
- 340 hari di Wad (setakat 11 DIS 2014)
- Coming soon 2 major operation Januari 2015
ADIK IZZ UNTUK LEBIH LANJUT
Seandainya ada pihak yang memerlukan kepastian lebih
atau apa-apa info berkaitan, bolehlah 'private message'
| SMS/WHATSAPP 017 2442 899 / 012 3919 483
Info ini setakat Disember 2014
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!