Assalammualaikum. . .
Rindu saat-saat adik Izz ber'Home TPN' kerana dia berada dirumah. |
Tujuan utama aku kisahkan kisah adik Izz
melalui blog, facebook, page dan sebagainya
bukanlah untuk meminta sumbangan.
Sebab itulah aku tidak publish nombor akaun di blog ini.
Aku hanya berikan kepada mereka yang berniat sedekah,
itupun sekiranya mereka private message aku di page atau di facebook.
Aku lebih kepada memohon doa serta sokongan rakan-rakan
agar adik Izz diberikan kesembuhan dan semoga kami lebih tabah.
Bukan mudah memiliki anak yang sakit, tambah-tambah pula ianya kronik
dan doktor sudah mengesahkan yang adik Izz akan bergantung
kepada Nutrisi Parenteral (TPN) sepanjang hayatnya.
Itu menurut kepada keadaan semasa adik Izz.
Aku sentiasa percaya yang adik Izz akan sembuh jua akhirnya.
Berapa lama masa yang perlu diambil?
Berapa banyak plan doktor yang perlu dilaksanakan?
Berapa kali pembedahan yang akan adik Izz perlu tempuhi?
Inshaa Allah aku akan redha dan kuatkan diri ini untuk menghadapinya.
Untuk itu, aku sentiasa berdoa agar Allah
berikan kemudahan kepada aku sekeluarga.
Bersama-sama doa rakan-rakan, kata-kata semangat yang diberikan
memberikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
Memang kadangkala aku rasa down sedikit,
tetapi adanya sokongan dari semua pihak Alhamdulillah aku boleh bangkit.
TERIMA KASIH SEMUA.
Aku harap tidak ada yang salah anggap ye!
Suatu ketika Sha pernah merasa "sihat" bro... insyaAllah... adik izz akan merasa "hidup kembali"... sabarlah sayang... ALLAH & MALAIKAT sentiasa bersamamu...
ReplyDelete@TunSha AyunieInshaa Allah. terima kasih
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!