DINOSAUR DI DINOSCOVERY DISCOVERIA

Dua pengembara muda (Along Izz dan Angah Izz) berjaya kembali ke 230 juta tahun dahulu atau lebih tepat lagi Zaman Dinosaur. Mereka berdua 'survive' di sana tanpa kecederaan walaupun banyak dinosaur buas disana. Menurut apa yang diceritakan mereka, apa yang paling mengagumkan adalah menjinakkan antara dinosaur pemangsa yang ganas iaitu T-rex. Ramai yang tidak mempercayainya, tetapi makin kita selami pengalaman yang dilalui mereka berdua, semakin kita percaya bahawa mereka memang benar-benar kembali ke zaman berkenaan. 

Mari kita ikuti satu-persatu pengalaman penjelajahan yang amat berharga ini. Mulanya mereka diberikan taklimat di sebuah bilik
gelap yang menerangkan beberapa perkara perlu dipatuhi disamping memberitahu basics tentang penjelajahan ini. 


See? Tekun je dengar taklimat tu. Padahal.......

Awalnya mereka dipakaikan 'vast' ala 'Diego the explorer'. Ekspedisi mereka ditemukan dengan pelbagai jenis dinosaur. 



Tercabut besi mendalah tu dibuatnya pengembara along Izz

Sekuat mana pun mereka, tak berganjak langsung dinosaur nih. Berapa tan lah ek?

Yang ni tidak siap, sebabnya mereka berebut-rebut nak buat

Babak menjinakkan seekor pemangsa ganas iaitu T-Rex memang real
kerana bukan sahaja memegangnya malahan menunggang dinosaur
berkenaan. Memang mengejutkan. Iyalah, dinosaur berkenaan
terkenal sebagai pemakan daging, namun mereka melakukan
dinosaur berkenaan seperti seekor kuda. Sungguh mengkagumkan.
Serius, memang respek! Oklah, kita tengok gambar-gambar
sepanjang ekspedisi mereka.


Kan? Trex jadi kuda-kuda je dibuatnya. 

Salah suap anak rasanya ni. 



Ada yang mengatakan yang ianya mengarut untuk kembali ke zaman Dinosaur dan ada yang mempercayai bahawa dengan teknologi yang ada kini, tidak mustahil ianya boleh berlaku. Percayakan setakat ini?




Aku tak pasti yang ini apa pasal. berak kot?

Oklah, ini semua imaginasi penulis "dua pengembara muda".
Sebenarnya ekspedisi ini boleh dirasai pengalamannya di Pameran
Dinosaur di Avenue K. Banyak aktivitivi boleh dilakukan disana dan
YANG PASTInya, anak-anak MESTI SUKA.


Pencarian fosil. Main pasir je lebih sebenarnya.







Amacam? Best kan? Along Izz dan angah Izz ajak datang lagi.
Tiap-tiap hari, "papa, nanti kita tengok dinosaur lagi ye?"
Eloklah tengah cuti sekolah ni bawa anak-anak ke sana.







Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, 
bolehlah layari www.discoveria.com.my atau 
laman Facebook Discoveria di  atau hubungi +603-2181 7218.


Haaaa, yang ni harga tiket masuk. Kenapa kanak-kanak mahal dari dewasa jgn tanya aku.

Setahu aku lah, pameran ini setakat Mac 2015 sahaja. Kalau sesiapa pernah pergi ke Pameran Monsters vs Dinosaurs di Putrajaya dahulu, mesti dapat rasa bezanya. This is more realistik. 

Aku pergi dengan diorang semua! Diorang semua lebih keanak-anakan daripa anak-anak yang mereka bawa. HAHAHA


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. anak bujang saya suka sangat dinosaur ni
    dulu pernah pergi masa dekat pusat sains negara
    mahal dak tiket dia?

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani
    along dan angah memang suka sangat dinosaurs nih..

    Harga tiket kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah ialah RM35 (Malaysian) dan RM50 (Non Malaysian) manakala tiket untuk orang dewasa berharga RM25 (Malaysian) dan RM40 (Non Malaysian).

    Warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya, harga tiket ialah RM19.

    Syok bawak anak-anak.. Kita sekali tumpang syok

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post