DOAKAN KEAJAIBAN BUAT IZZ

Assalammualaikum . . .



Hari ini agak sibuk sedikit whatsapp aku, 
facebook aku dan page adik Izz. 
Mana tidaknya, ramai rakan-rakan yang post, tagged dan comment 
berkaitan adik Izz. Kenapa? 

Hari ini surat kabar Harian Metro ada artikel berkenaan adik Izz. 
Muka hadapan lagi. Memang dalam minggu lepas 
wakil dari Harian Metro ada datang ke wad untuk temuramah mama Izz 
itupun selepas mendapat kebenaran dari pihak Institut Pediatrik. 



Mulanya aku fikir, artikel berkaitan adik Izz hanya ruangan kecil 
dalam surat kabar berkenaan. Namun aku tidak menyangka 
yang adik Izz akan dapat liputan di muka hadapan. 
Terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak. 

Aku serta keluarga amatlah mengharapkan doa-doa 
daripada semua agar adik Izz sembuh akhirnya. 
Tidak sangka apabila adik Izz didoakan di seluruh Malaysia. 
Terharu aku rasa. Pilu juga ada apabila melihat mama Izz 
sedang memeluk adik Izz. 



Dengan harapan yang BESAR, 
semoga doa-doa seluruh rakyat Malaysia diterimaNya 
dan adik Izz Inshaa Allah akan sembuh hendakNya. 

Aminnn . . .
Semoga tangan semua yang menadah mendoakan adik Izz,
diberi balasan yang baik daripada Ilahi.
Besarnya jasa yang diberikan dengan doa semua,
Besarlah terhutangnya kami dengan budi semua.
Kami hanya manpu mendoakan agar
semuanya dilimpahi rahmat dan kesejahteraan sentiasa.



TERIMA KASIH 



adik Izz di : Nukilan Kenit , Yana Yani , Bin Muhammad , Tunsha Ayunie , Khir Khalid , Hasrul Hassan , Prince of Noob , Suria Lekatlekit , Mama Niza , Mar Mansor , Aku Penghibur , Mrs. Secretary , Aida Hanafiah , MYNEWSHUB.CC , astroawani , otakkambingrebus , nalurirakyat , terengganutimes , Fifi Nadhrah , hmetro


Harian Metro (muka depan) dan (muka 4) 22 Disember 2014

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. kami tetap menyokong..semoga keajaiban akan hadir

    ReplyDelete
  2. @Mar Mansor
    Aminnn... terima kasihlah kerana kalian banyak beri sokongan dan dorongan kepada kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. saya terlepas membaca ni di akhbar
    tapi ramai kawan-kawan yang bercerita
    moga terus bertahan adik izz ye
    ramai dah doakan adik izz ni
    acik yana takat ni pun boleh doa dari jauh
    kepingin nak berjumpa
    insya ALLAH panjang umur awal tahun depan saya ada appointment di HKL
    mungkin dapat jumpa

    ReplyDelete
  4. @Yana Yani
    inshaa Allah. Ada rezeki dapat nanti bersua dengan adik Izz.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post