SALAHKAN MAMA IZZ ATAU

Assalammualaikum . . .


Keputusan ujian darah yang diambil melalui tiub Central Venous Line (CVL) 
adik Izz semalam telah pun keluar pagi ini. 
Dan keputusan menunjukkan yang tiub Central Venous Line (CVL)
adik Izz ADA JANGKITAN. Allahuakbar. 

Itulah yang benar-benar ditakuti. 
Nampaknya pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) terpaksalah di'rehat'kan 
buat sementara waktu. Adik Izz akan dibuat 'line' yang baru 
samada melalui tangannya ataupun melalui kakiknya. 

Kali terakhir adik Izz buat line di bahagian kaki, beginilah jadinya. Seakan-akan melecur!
Pada bahagian tangan adik Izz juga menunjukkan kesan yang sama. Diharap line kali ini,
tidak terjadi kesan-kesan sebegini. Inshaa Allah!

Line baru bertujuan untuk drip HSD10 atau HSD5 
dan pemberian antibiotik. Tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz 
akan diberi Ethanol Lock dan tiub berkenaan tidak akan digunakan 
untuk Nutrisi Parenteral (TPN)buat sementara. 
Rasanya apabila ON antibiotik, kemungkinan ambil masa 3 - 5 hari juga. 

Bersabarlah dengan apa yang terjadi wahai mama Izz. Bukan masa menyalahkan diri sendiri atau org lain.

Yang paling terkilan dengan jangkitan pada tiub adik Izz adalah mama Izz. 
Mama Izz menyalahkan dirinya sendiri kerana 
beberapa hari sebelum ini ada berlaku 'leaking' 
pada bahagian penyambung antara tiub Nutrisi Parenteral (TPN) dan filter. 
Sambungannya tidak berapa ketat. 

Mama Izz hanya menyedari kebocoran berkenaan pada keesokkannya 
apabila nampak kesan basahan akibat Nutrisi Parenteral (TPN) dan 
lipid yang keluar melalui celahan sambungan yang tidak ketat itu. 
Janganlah menyalahkan diri sendiri kerana ia berlaku tanpa dirancang. 
Lagipun kita hanya manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan. 

Selepas ini diharap mama Izz lebih 'alert' dan 
memeriksa semula segala sambungan selepas adik Izz 
ON Nutrisi Parenteral (TPN). Buat jururawat juga, 
diharap tidak berlaku lagi kesilapan dimana perkara berkenaan 
dilakukan setiap hari. Terimalah dengan hati terbuka, 
Inshaa Allah adik Izz akan dilindungiNya.
Kesilapan mengajar kita semua.  




1 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. tengok gamabr tu hati saya dah sebak sangat..si kecil menanggung sakit..

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم