Assalammualaikum . . .
Kesihatan adik Izz masih kurang mengizinkan.
Sekejap kebah demamnya, sekejap demam semula.
Dikhuatirkan ada jangkitan pada Central Venous Line (CVL) nya.
Namun apabila 'dressing' dilakukan, tiada pula tanda-tanda
yang CVL adik Izz itu bernanah ataupun simptom ada jangkitan.
Kadang-kadang doktor pun bingung kenapa demam itu berulang-ulang. |
Namun, darah tetap juga diambil melalui Central Venous Line (CVL) nya.
Seandainya adanya jangkitan melalui keputusan ujian darah,
berkemungkinan adik Izz akan diberi Ethanol Lock dan
'free' Nutrisi Parenteral (TPN) buat sementara.
Semalam adik Izz demam menyebabkan rancangan
pengimejan diagnostik (X-ray) menggunakan media 'Kontras' dibatalkan. Maknanya belum boleh tahu lagilah
bagaimana perkembangan usus kecil adik Izz yang 8CM itu.
Dan semalam juga adik Izz OFF Nutrisi Parenteral (TPN)
kerana 'suspect' jangkitan pada tiub Central Venous Line (CVL) nya.
OFF Nutrisi Parenteral (TPN) namun drip HSD5 semalaman. |
Walaupun adik Izz OFF Nutrisi Parenteral (TPN),
adik Izz tetap di'drip' bagi mengelakkannya 'Hypo'.
Aku lihat kali ini adik Izz diberi HSD5 pula
yang mana biasanya adik Izz diberi HSD10.
Inshaa Allah hari ini keputusan ujian darah akan keluar.
Aku berharap sangat yang
TIADA JANGKITAN
pada Central Venous Line (CVL) nya.
Mudah-mudahan . . .
OFF Nutrisi Parenteral (TPN) buat sementara waktu bagi mengetahui punca demam adik Izz yang berpanjangan. Seandainya bukan kerana jangkitan, Nutrisi Parenteral (TPN) akan diteruskan seperti biasa iaitu 12 jam sehari setiap hari.
adik Izz kamu kuat syg.
ردحذفsemoga izz kuatkan dan ibu dan ayah juga kuat menghadapi pelbagai ujian ini
ردحذفInsyaAllah TIADA JANGKITAN. Kami berdoa padamu ya Allah! Amin!
ردحذف@cik muntel
ردحذفSudah disahkan ada jangkitan lah cik mun
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!