Assalammualaikum . . .
Hebatnya along Izz ke sekolah pada hari ini adalah berstokin tetapi berselipar. Bukan apa, kasut sekolahnya tertinggal di rumah. Macam biasa segala kelengkapan persekolahan along Izz akan disediakan pada malamnya dengan mengemas buku-buku yang patut dibawa mengikut jadual, letakkan pakaian sekolah dan KAFA yang akan dipakai keesokannya di meja makan, kopiah serta tali leher dan stokin akan diletakkan di dalam beg sekolahnya.
Pagi-pagi lagi terus beritahu guru yang along tidak bawa kasut sekolah. Alahai! |
Keluar dari rumah seperti biasa, namun apabila mencecah suku perjalanan, keluar soalan "kasut sekolah along bawak tak?". Ermmm, tercari-carilah kasut sekolah berkenaan. Bila tiada dijumpai, alamatnya tertinggallah itu. Nampaknya seharian ini along Izz hanya akan berselipar sahajalah di dalam kelas.
Semalam rasanya kasut sekolah along Izz ada di rak tv, namun sudah dialihkan dan diletakkan di atas kerusi meja makan. Memang tidak nampaklah apabila pagi-pagi masing-masing hanya angkat barang-barang yang ada di atas meja sahaja.
Tidak mengapalah, jadikan pengajaran. Selepas ini, biarkan sahaja kasut sekolah along Izz di dalam kereta. Senang jika terjadi lagi perkara lupa-lupa ini.
Aduhai!
hahaha... knapa pakaikan jugak stokin... biarkan jer dgn selipar tu..
ReplyDeletehahaha... knapa pakaikan jugak stokin... biarkan jer dgn selipar tu..
ReplyDeleteEntahlah.. Apa kena dengan mama Izz tu. Hahaha.. Nanti sesi petang aku buka stokin tu
ReplyDeletelawaknye.........
ReplyDeleteItulah pasalnya Cik Mun... Aduhai..Janganlah dia diejek kawan-kawan nanti
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!