APAKAH PLAN BARU PAKAR?

Assalammualaikum . . .

Memandangkan adanya penambahan panjang (berapa panjangnya hanya akan diketahui melalui pembedahan) pada usus kecil adik Izz, beberapa 'plan' yang dirangka sebelum ini terpaksa ditukar dengan 'plan baru' yang masih dalam perbincangan pakar. Apakah 'plan baru' berkenaan, itu masih dalam buah fikiran doktor pakar. 

Entah bila adik Izz akan dapat pulang ke rumah?

Sementara menanti apakah 'plan baru' itu disuarakan doktor pakar, tidak banyak perubahan berlaku dalam rutin harian adik Izz. Pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) masih diteruskan bagi tempoh 12 jam setiap hari serta adik Izz masih lagi diberi antibiotik. Ujian gula dalam darah sekiranya adik Izz OFF Nutrisi Parenteral (TPN) pula dijalankan selang 4 jam. 

Sekiranya adik Izz alami 'Hypo', dengan kadar segera adik Izz akan di'drip' samada HSD5 ataupun HSD10. Sambil itu, samada mama Izz atau opah Izz akan berikan juga glucose.

Secara oral (melalui mulut) pula, buat masa sekarang adik Izz diberi ubat tahan muntah dan ubat tambah darah sebagai persediaan menjalani 'operation' pada masa akan datang. Dari segi pemakanannya secara normal, adik Izz seperti biasa diberi makan bubur nasi (blended) serta susu khas yang disarankan pakar pemakanan (dieticians). 

Sesekali ada jugalah adik Izz disuap kuih-muih ataupun biskut. Tetapi adik Izz tidak boleh makan banyak kerana dia akan muntahkannya semula. Maknanya sedikit demi sedikit tetapi secara kerap diberi. 


6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semoga dipermudahkan urusan adik Izz

    ReplyDelete
  2. Aminnn... Mudah-mudahan..

    Thanx

    ReplyDelete
  3. semoga adik kecil ini diberikan kesembuhan, insyallah..

    ReplyDelete
  4. Adik Izz, aunty selalu doakan kesihatan adik Izz ye..semoga sembuh dan dapat balik rumah ye cepat ye.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih mama niza dan ciksiti.. Inshaa Allah berkat doa semua, adik Izz akan sembuh.

    ReplyDelete
  6. Assalam papa izz,
    moga segalanya berjalan lancar & dipermudahkan AMIN
    noeminya izz gigit toys baru dia he3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post