Assalammualaikum . . .
Bila anak masuk darjah 1, ibu dan ayah yang akan lebih 'excited'.
Mana tidaknya, kelengkapan persekolahan along Izz
disediakan semampu mungkin dan seawal mungkin.
Hari-hari semak apa yang belum cukup.
Kalau boleh, dalam kelas tu aku nak duduk sebelah along Izz |
Along Izz akan bersekolah darjah 1 di
Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur.
Awal pagi lagi sudah kejutkan along Izz dari tidur kerana
dia perlu mandi dan bersiap awal dari rumah.
Memudahkan kerana perjalanan agak jauh iaitu Putrajaya - Kuala Lumpur,
jika terlewat boleh terus ke sekolah sahaja
(kami perlu ke HKL juga kerana opah Izz akan bertukar 'syif' dengan mama Izz).
Disana hanya perlu basuh mukanya sahaja.
Mama Izz akan meluangkan masa sehingga khamis ini bagi menemani along Izz. Begitu juga dengan parent yang lain. |
Memandangkan sekolah along Izz ini kebanyakannya parent yang bekerja
di sekitar Kuala Lumpur dan tinggal luar Kuala Lumpur,
ramai yang tiba ke sekolah cukup-cukup masa atau sedikit lewat.
Semangat pagi mendengar taklimat pengetua dan para guru |
Hari pertama persekolahan lebih kepada sesi perkenalan,
menetapkan kelas dan membiasakan diri dengan suasana baharu.
Alhamdulillah, along Izz agak mendengar kata guru-guru dan
tidak menunjukkan mengada-ngadanya.
Ada jugalah anak-anak yang menangis dan tidak mahu melepaskan ibu bapa.
Kelas along Izz. 1 Maju. Diharap along Izz akan bertambah maju |
Along Izz ditempatkan di kelas 1 Maju iaitu kelas ke 3 daripada 4 kelas.
Pembahagian kelas diberikan berdasarkan peperiksaan yang dijalankan
Masa ini ramai parent yang berdiri ditepi tingkap kelas anak masing-masing
untuk melihat. Biasalah itu, maklumlah rata-rata ibubapa
pertama kali anak masuk darjah 1. So, excitednya lebih sedikit.
Guru ada menyuruh agar ibubapa tunggu di kantin sekolah,
namun arahan itu sekadar arahan kerana ramai ibubapa tidak berbuat demikian.
Bolehlah dimaafkan kerana ini hari pertama.
Along Izz pun ok sahaja bila didalam kelas.
Lagipun ada 2 rakannya yang pernah belajar di taska yang sama dengan along Izz.
Tiadalah sangat nampak kekoknya.
Along Izz ada 2 sesi persekolahan disini.
Sesi pagi sekolah rendah dan sesi petang pula KAFA (sekolah agama).
Waktu persekolahan along Izz tamat pada jam 1:05PM dan
dia ada sela masa 1 jam 10 minit untuk mula sesi petang pula.
Bila tiba sesi petang (KAFA), masing-masing sudah mengantuk kepenatan |
Mudahnya sesi petang (KAFA) adalah
along Izz hanya perlu tukar baju putihnya dengan baju biru sahaja
dan memakai songkok. Tujuannya menurut guru KAFA
adalah supaya memudahkan murid-murid.
Betullah, sebabnya sela masa agak singkat dengan banyak perkara
seperti makan tengahari, solat, rehat dan sebagainya.
Layout bagi 2 kelas agama sama dengan layout bagi 4 kelas pagi |
Sesi petang akan bermula jam 2:15PM sehingga 4:45PM.
Minggu ini mama Izz akan bercuti untuk melihat dan mengajar along Izz
seperti membeli makanan di kantin, menukar pakaian di bilik persalinan
dan lain-lain lagi. Semoga along Izz akan belajar rajin-rajin
dan menjadi murid yang mendengar kata ya.
Inshaa Allah.
ooo inilah along Izz ye....slmt belajar ye
ردحذف@Mila Hilas hehehe... tak sangka sudah darjah 1.. rasanya dia masih manja macam baby je
ردحذفselamat bersekolah along izz..
ردحذفterharu bila anak dah sekolah kan
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!