Asalammualaikum . . .
Turun jugalah berat badan adik Izz lebih kurang 0.7KG
apabila Nutrisi Parenteral (TPN) dhentikan dan petang semalam
sudah dimulakan kembali pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) 12 jamnya
selepas beberapa hari direhatkan. Namun adik Izz masih diberi antibiotik
kerana kuman menjangkiti Central Venous Line (CVL) masih ada.
Duduk sahaja sesekali cuba berdiri semampunya. Sudah beberapa hari tidak snap adik Izz berdiri. |
Demam pula masih lagi berulang-ulang.
Alahai, rasanya dah lama adik Izz demam.
Dalam sehari, sekurang-kurangnya mesti ada dalam sekali
suhu badannya akan meningkat tinggi.
Isu kaki kanannya yang kesakitan tidak diketahui punca pula
rasanya sudah makin baik kerana walaupun adik Izz masih belum mampu
berdiri seperti kebiasaannya, adik Izz tidaklah menangis lagi apabila diberdirikan.
Tetapi apabila kesakitan yang tidak diketahui punca ini
walaupun sudah di Xray dan di Ultrasound,
tetap menggusarkan hati ini.
Mana mungkin adik Izz sakit tanpa sebab, kan?
But doktor cuma pesan tidak perlu risau,
mungkin apabila jangkitannya sudah baik, kakinya juga akan turut baik.
Maknanya, jangkitan pada Central Venous Line (CVL) adik Izz
mungkin menyebabkan jangkitan juga kepada kaki kanannya itu.
Setiap penyakit ada ubatnya. Pegang itu sentiasa dengan doa dan harapan. Inshaa Allah |
Walaupun adik Izz sudah mula diberi Nutrisi Parenteral (TPN),
namun line dikaki kirinya masih belum dicabut lagi
(line ditangan kanan sudah ditukar ke kaki kiri adik Izz kerana jarum bengkok).
Mungkin line dibiarkan sementara waktu bertujuan untuk beri ubat
kerana semalam antibiotik diberi melalui line kaki kirinya itu.
Aku cuma harap, andai adik Izz sakit pun
biarlah dia menanggung kesakitan itu satu satu pada satu masa
bukannya dua atau tiga kesakitan pada masa yang sama.
Tapi, itukan perancangan Allah, hanya mampu berdoa
agar dikurangkan derita yang dihidapi adik Izz.
Inshaa Allah.
adik Izz kamu sgt comey... semoga kamu kuat untuk memberi sinat harapan kepada kedua ibubapa mu
ردحذفsemoga adik izz sihat ye..
ردحذف(baca je tapi tak sanggup nak komen panjang lebar. sebak)
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!