KALAULAH SAYA TAHU

Assalammualaikum . . .

Susulan jangkitan pada Central Venous Line (CVL),
adik Izz akan dihentikan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) 
buat sementara waktu. Mungkin lebih kurang 5 hari. 
Central Venous Line (CVL) adik Izz pula akan direhatkan dan digunakan 
hanya untuk pemberian Ethanol Lock sahaja (buat masa sekarang) 
selagi bakteria/ virus yang menjangkitinya belum dikenalpasti.
 
Neb masih diteruskan kerana adik Izz masih batuk-batuk. Ubat demam pula diberi secara sub PCM

Bagi mengelakkan adik Izz 'Hypo' (kekurangan gula dalam darah), 
line baru sementara dibuat di tangan kanan adik Izz bertujuan untuk 
drip HSD5 atau HSD10 bergantung kepada keperluannya. 

Secara oralnya adik Izz masih diberi bubur nasi dan susu 
namun oleh kerana ususnya menyerap sekadar 40% 
(3 auns susu selang 3 jam dan beberapa sudu bubur nasi), 
pemberian HSD5 atau HSD10 mencegah adik Izz daripada mengalami 
'HYPO(masalah yang masih belum dapat diselesaikan sehingga kini). 

Line baru sementara ditangan adik Izz membataskan sedikit sebanyak pergerakannya.

BIASANYA apabila adik Izz diberhentikan 
pemberian Nutrisi Parenteral (TPN), berat badannya akan turun.
Ini semua sudah terjadi berulang kali. 

Pernah jugalah bertanya kepada doktor pakar
BAGAIMANA mengelakkan 'infection' kepada Central Venous Line (CVL)?
Doktor cuma menjawab, 
"kalau saya tahu, sudah lama saya lakukan. Ini semua try and error. 
Kita cuba, jika tidak berjaya kita cuba cara lain".



8 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. meremang bulu roma bila baca ayat last tu..try n error..hadusss sng nye ayat doc..dia ingat baby tu bahan uji kaji je :-(..

    ReplyDelete
  2. @Mila Hilas
    Kami mati kata bila doc kata begitu. Apa nak buat? Ikut sajalah

    ReplyDelete
  3. cara utk elakan infection ialah aseptic techniques when they dealing with the cvl...try and error yg doctor maksudkn mungkin dari segi antibiotics yg dia prescribed utk baby example if antibiotics A is resistance he will try another antibiotics...
    be strong ok...hopes izz will be healthier...doa dan yakin, senjata org mukmin...

    ReplyDelete
  4. sabar ye abg n akak.. ni dah bahagian abg n akak, kami blom tau lagi mcmana...

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    amin... mudah2an.. thanx for the xplaination

    ReplyDelete
  6. @Nurfatin Farahana Inshaa Allah kami cuba bertahan. sokongan dan doa2 semua beri kami kekuatan. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Sembuhkan adik ini ini Ya Allah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post