BENGKAK BIASA ATAU TIUB YANG MENGGELEMBUNG?

Assalammualaikum . . .

Perancangan awal untuk adik Izz adalah menjalani pembedahan Laparotomy dan Gastrostomy pada minggu lepas, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Pakar menyatakan akan menjalankan pembedahan tersebut pada minggu ini, namun belum boleh ditetapkan tarikhnya kerana kesihatan adik Izz agak tidak menentu. 

Bila ditekan dibahagian yang agak bengkak, adik Izz akan kesakitan.

Dengan demam yang tiba-tiba melanda serta keadaan adik Izz yang beberapa hari ini kerap muntah. Muntahnya kadangkala kekuningan dan kadangkala kehijauan. Agak risau juga dengan keadaan adik Izz itu. 

Nampaknya perancangan untuk adik Izz pulang ke rumah selewat-lewatnya Febuari ini akan tergendala. Terpaksalah kami semua menunggu tarikh baru ditetapkan. Mungkin dalam minggu hadapan. Kami hanya menurut apa kata pakar. Asalkan adik Izz sihat. 

Bila penantian itu semakin lama rasanya, timbul pula keadaan yang agak merisaukan kami. Dada adik Izz dimana adanya tiub Central Venous Line (CVL) ditanam dibawah kulitnya kelihatan agak membengkak. Apabila ditanya kepada doktor, mereka menyatakan tiada apa-apa. Tetapi bengkaknya agak ketara seperti tiub yang ditanam bagaikan menggelembung. Memang nampak timbul. 

Nampak timbul laluan tiub CVL yang ditanam dibawah kulitnya

Jadi, kenalah tunggu apa kata pakar. Semalam seharian menanti pakar untuk tengok-tengokkan keadaan adik Izz. Tiada seorang pakar langsung datang memeriksa adik Izz. Dengar-dengar semua pakar ada kes kecemasan yang perlu diselesaikan. Tidak mengapalah kerana petang semalam aku lihat keadaan adik Izz sedikit ok walaupun bengkak masih ada. 

Kita tengok andai ada pakar yang memeriksa keadaan adik Izz hari ini. Aku harap, bukanlah something yang serius. 

Inshaa Allah


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Lah knapa dgn dik izz.. sakit apa masyaallah

    ReplyDelete
  2. adik Izz baru menjalani ujian xray. Nampaknya kenalah tunggu keputusan ujian berkenaan. Risau rasanya

    ReplyDelete
  3. Assalam papa izz,
    haah laaa
    nampak bengkak

    ReplyDelete
  4. wassalam... memang bengkak. tunggu result xray tengok cmna

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post