Assalammualaikum . . .
Tahun 2015 ini walaupun ada perancangan untuk adik Izz dibenarkan balik ke rumah, namun kadang-kadang perjalanannya agak sedikit tersekat. Tarikh baru pembedahan belum lagi ditetapkan. Perancangan asal 2 pembedahan juga sudah dibatalkan. Cuma yang menjadi pertanyaan sekarang ini adalah isu berkaitan Nutrisi Parenteral (TPN).
Semoga 2015 merupakan tahun yang bersinar-sinar buat adik Izz. |
Memandangkan adik Izz TPN dependant, ada 2 option sebenarnya sekiranya adik Izz dibenarkan balik. Satunya adalah Home-Nutrisi-Parenteral (HPN) dimana adik Izz akan diberikan Nutrisi Parenteral (TPN) dirumah seperti yang pernah kami laukan sebelum ini. Segalanya kami perlu buat sendiri daripada prep, dressing, keperluan dan segalanya kami kena sediakan.
Ataupun satu lagi adik Izz dibenarkan balik tanpa Nutrisi Parenteral (TPN), tetapi perlu admit semula ke wad untuk diberi Nutrisi Parenteral (TPN). Contohnya adik Izz boleh balik Jumaat, Sabtu dan Ahad ke rumah tetapi admit semula ke wad pada hari Isnin hingga Khamis untuk Nutrisi Parenteral (TPN).
Option mana yang terbaik? belum ada lagi kata putus mahupun doktor atau kami. Apa yang aku harapkan biarlah semua yang dirancang itu adalah jalan terbaik buat adik Izz. Inshaa Allah kami sanggup mengharunginya. Kami ada sokongan dan dorongan ahli keluarga serta rakan-rakan. Adik Izz pula ramai yang mendoakan kesembuhannya.
Semoga Tuhan merahmati apa yang kita semua lakukan ini.
Mudah-mudahan.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!