DATARAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA BEST

Assalammualaikum,

Kebetulan semalam mama Izz pulang ke rumah dan opah Izz ambil alih menjaga adik Izz buat semalaman. Sekaligus beri peluang mama Izz mengisi masa melayan si along Izz dan angah Izz pula di rumah. Cuti sekolah mereka tidak kemana-mana, hanya menemani atok Izz di rumah sahaja. 

Sekurang-kurangnya dapat hilangkan stress mama Izz. Inshaa Allah

Nenek Izz memang teringin sangat berjumpa dengan along Izz dan angah Izz.

Dan petang semalam dapat whatsapp daripada nenek Izz yang bahawa mereka ingin lepak di Dataran Masjid Putra. Nenek Izz sejak Isnin sudah berada di KL, tapi aku tiada peluang berjumpa lagi. 

Belum pro. Berulang kali nenek Izz mencuba, namun tetap jatuh. Tak putus asa betul.

Mama Izz turut mencuba, namun.... sama jugak. Ambil masa nak imbang badan.

So, semalam deal untuk lepak di Dataran Masjid Putra sambil-sambil isi masa anak-anak. Nenek Izz (mak aku) datang bersama-sama 3 orang adik aku dari PJ dan 2 orang lagi anak buah aku. Sempatlah aku singgah rumah dulu siapkan along Izz dan angah Izz then bawa mereka keluar. 

Naik ni best. Pusing dataran banyak kali pun takpa. Cool.

Yang ni susah sikit sebab nak bergerak kena kangkang kuncup kangkang kuncup.

Siapa yang pernah ke Dataran Masjid Putra, pasti tahu yang ada bermacam aktiviti disediakan disana. Ada aktiviti berbasikal, roller blade, main bubble, dan bermacam lagi. Memang sesuai sangatlah bersantai bersama keluarga disana. 

Tak sesuai. Hanya basikal ini yang tinggal, terpaksalah layan ladybike.

Adik bongsu aku bersama angah Izz. Scooter nih tidak bergerak bila nenek Izz naik bersama along Izz.


Disamping hilangkan stress, dapat juga anak-anak berseronok disana. Cuma perlu sediakan duit sahaja sebabnya semua perlu disewa atau beli kecuali masing-masing sudah bawa sendiri dari rumah.

Memang penuh orang semalam. Mungkin kerana cuti sekolah.


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    bagus release tension gitew :)

    ReplyDelete
  2. Wassalam,
    Alhamdulillah. At least dapat legakan hati mama Izz sedikit sebanyak. Di samping anak-anak pun boleh berseronok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post