Assalammualaikum . . .
Adik Izz masih dalam praktikal persediaan untuknya pulang. Nutrisi Parenteral (TPN) belum lagi di OFF kan dan masih diberi selama 12 jam. Cuma jumlah isipadunya telah dikurangkan sedikit.
Tumpuan kini adalah pada feeding tube Gastro adik Izz. Buat masa sekarang hanya susu sahaja yang diberi melalui feeding tube nya. Berapa jumlah susu yang diberi akan dicatat, berapa jumlah buang air kecil adik Izz akan dicatat, berapa jumlah buang air besar adik Izz juga akan dicatat.
Waktu pemberian susu (feeding tube) yang perlu di follow oleh opah Izz atau mama Izz |
Buat masa sekarang, susu sebanyak 60cc akan diberi menggunakan Syringe Pump yang akan running selama 3 jam. Kemudian akan ada rest time 1 jam sebelum disambung semula dengan susu 60cc juga selama 3 jam by Syringe Pump. Maknanya dalam sehari adik Izz akan diberi susu sebanyak 60cc 6 kali sehari.
Minggu ini ujian semuanya berkaitan feeding tube. Opah Izz dan mama Izz juga sudah pandai dressing feeding tube dan prep untuk beri susu.
Apabila Nutrisi Parenteral (TPN) ON bersama-sama feeding tube Gastro. 1 melalui dada dan 1 melalui perut. |
Tentang Nutrisi Parenteral (TPN) pula, jururawat yang akan uruskan. Aku harap apa yang pakar rancangkan akan memberi keputusan positif kepada tahap kesihatan adik Izz.
Inshaa Allah.
tak sanggupnye tgk adik Izz, badan penuh dgn bedah2 je..kena tebuk sn sini..
ReplyDeleteAssalam papa izz,
ReplyDeleteAMIN
moga segalanya berjalan lanncar
baek betui la adik izz tak kaco2 pun wayar2 kat badan dia :)
Wassalam.
ReplyDeleteadik Izz kacau juga. kalau tidak xdelah 2 x tercabut tiub CVL di dada tu. Dan Gtube kerap jugak dia cabut. Cuma semalam mungkin mood baik kot. hehehe.
Bahagian perut tu semua kesan pembedahan..
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!