ROMBONGAN IZZ KE KOLUMPO (KL)

Assalammualaikum . . .

Cuti sekolah sudah bermula bermakna anak-anak tidak bolehlah terperap dirumah sahaja. Mesti mereka bosan. Jadi semalam aku ajak mereka ke Kuala Lumpur (lebih tepat Hospital Kuala Lumpur) menggunakan pengangkutan awam. 

Bus stop Presint 9. Sepanjang menunggu bas, mereka sudah berpeluh-peluh sebab bermain.

Mereka yang aku maksudkan biasalah semestinya along Izz dan angah Izz. Almaklumlah adik Izz dan mama Izz berada di wad. Mereka awal-awal lagi sudah excited bila mendengar yang aku hendak bawa mereka jalan-jalan menaiki bas dan keretapi. 

Dari Putrajaya bawa mereka menaiki bas Rapid dimana bas berkenaan akan berhenti di Mydin/ Sinar Kota. Dah nama hujung minggu kan, penuh macam sardin bas nya. Aku, along Izz dan angah Izz terpaksa berdiri di tangga hadapan bas. Melekat di cermin pintu bas tu. Mujurlah perjalan Putrajaya - Kl ambil masa lebih kurang 35 minit sahaja. Lenguh kaki dengan berhimpit-himpit lagi. 

Menuju ke Stesen LRT Plaza Rakyat. Mujur siang, rasanya jika malam macam menyeramkan laluan ini.

Sampai di KL, aku pilih untuk bawa mereka menaiki Star LRT pula dari Plaza Rakyat. Oleh sebab aku nak biar mereka berjalan dan nampak seperti jauhnya perjalanan, aku bawa mereka turun di Stesen Sultan Ismail. Sudahnya menapak jauhnya untuk menuju ke Stesen Monorel Medan Tuanku. 

Sepanjang laluan jejantas dari Stesen LRT Sultan Ismail menuju ke Stesen Monorel Medan Tuanku.

Mereka sudah mula bising "penat, penat, penat". Aku pun penat juga sebenarnya, tapi buat-buat macam tidak penat. Menaiki Monorel, kami turun di Stesen Chow Kit. Dari stesen berkenaan, punyalah jauh hendak menapak ke Institut Pediatrik HKL tu dengan cuaca panas terik lagi. 

If noticed, mereka akan buat gaya yang sama sahaja selalu. Addicted to Ultraman. kan? kan?

Aduhai. Next time, aku prefer naik kereta sajalah. Cukuplah kali ini bawa mereka menggunakan pengankutan awam dan kaki. Kesian pula dengan mereka. Hahaha. Sebenarnya aku bawa mereka tanpa menggunakan kereta kerana aku ingin ambil kereta yang aku park dua malam di HKL. Iyalah, last week kereta rosak, so aku guna kereta mak aku buat sementara. Bila kereta sudah dibaiki, aku park di HKL buat sementara. 

Itulah likunya perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur. 


3 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. tapi pengangkutan awam best sebenarnya. hehe mungkin sebab saya dok area kl, pengangkutan awam lebih senang :)

    ReplyDelete
  2. wahh excited nampaknya mereka...

    ReplyDelete
  3. Best dan menimatkan sebenarnya pengangkutan awam ni. Tapi ye lah jarang2 menggunakan, itu yang memenatkan sedikit. Mungkin kena amalkan skurang2nya seminggu sekali guna pengankutan awam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post