TAKKANLAH SEUMUR HIDUP 'PAKAI' CVL DAN 'MAKAN' TPN?

Assalammualaikum . . .


Kadang-kadang terbit juga rasa cemburu melihat kanak-kanak yang sihat apabila aku fikirkan keadaan adik Izz. Tetapi bila aku lihat along Izz dan angah Izz yang diberiNya kesihatan, aku ketepikan rasa itu kerana walaupun aku dan keluarga diuji dengan dugaan sebegini, aku dan keluarga masih diberikan kasih dan sayangNya. 

Syukur dengan apa yang Tuhan beri kepada kami. Siapalah kami untuk menolaknya. Cuma berdoa agar adik Izz sembuh.

Cuma aku berharap agar ada kaedah perubatan yang mampu menyembuhkan adik Izz tidak kisahlah berapa lama masa yang diambil asalkan adik Izz sembuh. Dengan teknologi perubatan dan pengetahuan yang ada masa kini, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) dianggap cara terbaik bagi meneruskan tumbesaran adik Izz. 

Ubat memanjangkan usus, TIADA. Transplan usus, TIADA. Yang ADA beri Nutrisi Parenteral (TPN), susu khas untuk usus, feeding tube Gastro dan pemanjangan usus (bowel lenghten). Adik Izz cuma belum jalani pembedahan pemanjangan usus saja lagi. Ini kerana, usus kecil adik Izz belum berkembang ke tahap yang diperlukan pakar. 

Kadang-kadang adik Izz akan termenung duduk di 'penjara' katilnya. Entahlah

Laparotomy yang lepas menemukan usus besar adik Izz yang memanjang dan usus kecil pula hanya sedikit mengembang. Kata pakar, mungkin selepas 2 atau 3 tahun adik Izz akan diperiksa semula untuk proses pemanjangan usus. 

Buat masa sekarang, teruskan dahulu dengan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN), Gtube, susu khas dan non solid food. Keutamaan kini hanya kurangkan penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN), elakkan adik Izz Hypo, kurangkan infection pada Central Venous Line (CVL) dan selebihnya PEMANTAUAN. 

Yang menjadi tanda tanya aku cumalah "adik Izz akan bergantung kepada Nutrisi Parenteral (TPN) seumur hidup". Itulah kata-kata pakar yang sehingga kini aku belum dengar lagi apa-apa perubahan pada kata-kata itu. 

Takkanlah adik Izz akan ada tiub CVL dan guna TPN seumur hidup? 

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    comei adik izz duduk kat tepi katil tu
    suci wajah dia
    moga Allah ringankan ujian buat adik izz AMIN

    ReplyDelete
  2. Wassalam,
    terima kasih kerna mendoakan adik Izz. Inshaa Allah dia akan sembuh. Kita kena yakin dan percaya kepada ketentuanNya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post