Assalammualaikum . . .
Semalam aku keraskan hati ini untuk tidak datang waktu along Izz tamat sesi persekolahan pagi. Saja untuk biarkan dia berdikari sendiri bersiap-siap untuk sesi KAFA pada petangnya pula. Namun mama Izz pula yang asyik-asyik whatsapp kasihankan along Izz. Macamanalah dia tukar baju? Macamanalah dia tidak makan?
Semalam bukan along Izz yang buat lawak, tetapi mama Izz. Sebabnya mama Izz bawa 1 stokin je untuk along Izz. Sudahnya, along Izz berkasut tidak berstokin semalam. |
Disebabkan kasihan pada persoalan-persoalan mama Izz, aku pun datanglah juga tengahari untuk lihat keadaan along Izz. Aku belikan siap-siap nasi ayam dan milo ais untuknya. Awal 10 minit aku sudah sampai ke sekolah menunggunya tamat sesi pagi. Keluar sahaja along Izz dari kelas, apa yang dikatakan along Izz buatkan aku geram pulak dengan si mama Izz ini.
"Papa, along taknak makan lah. Along nak minum milo ais je. Papa pergi work ye. Along nak pergi surau tukar baju dengan solat. Papa pergi balik ye". Pulak? Tak sampai 5 minit pun aku jumpa along Izz, aku pulak yang disuruhnya balik?
Itulah mama Izz, kan papa Izz sudah bagitahu yang tak perlu risaukan along Izz. Dia boleh buat semua tu tanpa kita. Sudahnya, hari ini memang aku tidak jenguk langsung dan mama Izz pasrah sahaja walaupun aku tahu hatinya tetap risaukan along Izz. Susah dia nak lepaskan 100% kepercayaan pada along Izz.
Jangan risau, Inshaa Allah along Izz boleh berdikari. Dia sudah semakin membesar dan sudah boleh fikir. Teruskan sahaja uruskan along Izz setiap pagi seperti biasa ye.
Inshaa Allah.
Seorang ayah yang hebat. Tabik.
ReplyDeleteHehehe. Tak hebat mana pun. Cuma buat apa yang termampu. Tapi Alhamdulillah dia sudah boleh berdikari. Syukur.
ReplyDeleteAlong yang kelakor.. Eksyen siap halau papa Izz Izz lagi...
ReplyDeletebaru boleh pandai buat sendiri, dah eksyen...kahkahkah
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!