Assalammualaikum . . .
Hari ini adalah hari pembedahan adik Izz. Dia sudah pun mula berpuasa. Kali terakhir diberi minum susu adalah pada jam 5:00 AM dan kali terakhir diberi minum air masak pula pada jam 9:00 AM.
Cuba segala kaedah demi kesembuhannya. Diklasifikasikan as a 'rare and medically complex'. Inshaa Allah |
Adik Izz merupakan orang kedua yang kan menjalani pembedahan hari ini. Mungkin dalam jam 12:00 PM Inshaa Allah. Pembedahan hari ini dilakukan sendiri oleh pakar yang pernah membedah adik Izz pada sesi pembedahan ke-2, ke-3 dan ke-4 yang lalu.
Aku cuma berharap sangat-sangat yang pembedahan kali ini berjalan lancar. Semoga apa yang telah dirancang ini merupakan jalan kesembuhan buat adik Izz selepas ini. Mama Izz bercuti pada hari ini semata-mata ingin menemani adik Izz. Aku pula uruskan along Izz dan angah Izz.
Cuma janganlah mama Izz terlalu bersedih ye. Inshaa Allah, Tuhan akan membantu kita berkat doa-doa yang semua panjatkan. Ramai yang menyayangi adik Izz yang tak putus-putus mendoakan kesembuhan dan kesejahteraannya.
Assalam papa izz,
ReplyDeletejangan putus up entry adik iss yer
Allahurabbi
kuat sungguh aik izz
Wassalam. Inshaa Allah.
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!