TAK SANGKA MERIAHNYA KARNIVAL USAHAWAN SKSHAS

Assalammualaikum . . .


Along Izz cuti hari ini sempena cuti peristiwa dimana Sabtu baru ini sekolahnya mengadakan Karnival Usahawan. Memang aku sudah plan untuk pergi ke karnival itu dengan anggapan ianya sama sahaja seperti Hari Kantin yang pernah aku pergi suatu masa dahulu. 

Untuk mainan ini, kupon RM5 seorang diperlukan.

Dua kali jugalah mereka bermain ditempat yang sama. 

Namun agak meleset sangkaan aku itu kerana karnival ini sudah macam 'Jom Heboh' pulak. Ramai pulak tu yang datang sampaikan nak cari parking pun sudah makan masa. 

Dari kejauhan lagi along Izz dan angah Izz sudah nampak gelongsor dan kolam ala-ala 'Soopa Doopa' itu dan mereka tak sabar-sabar untuk bermainnya. Hari pula panas terik, dan ianya tepat di tengah-tengah padang. Mahu demam mereka ini nanti. 

Haa, bermain air ni mereka tidak dapat kerana dia punya queue panjang beb. Lama tunggu

Nampaknya hanya tengok sajalah. Nak join, tak daya menanti lama.

Sudah nama pun kanak-kanak kan, memang itu sahajalah yang menarik perhatian mereka. Sudahnya, diorang main disitu, aku dengan mama Izz pula meninjau sekitar karnival berkenaan. 

Gerai jualan air minuman ini diuruskan sendiri oleh guru kelas along Izz. Dan along Izz agak segan bila membeli.

Antara gerai jualan yang agak top! Maklumlah masing2 kepanasan kan.

Aku berjaya menahan anak-anak daripa membeli mainan. Alhamdulillah. hehehe

Air sudah minum, float pulak dia nak. Ini mama Izz yang ingin sebenarnya. Coke + aiskrim

Sedap juga berbanding burger di hiway tuh! Harga boleh tahan RM3.00 kupon

Memang meriah, banyak gerai jualan dan banyak tarikan yang lain. Semuanya kena berbelanja menggunakan kupon yang boleh dibeli di kaunter yang dijaga oleh cikgu. Gerai jualan juga diuruskan sendiri oleh para guru. Masa inilah hendak mengenal dengan para guru sekolah berkenaan. 

Anak-anak taknak masuk, takut hantu katanya. So, aku tidak tahu apada ada dalamnya.

Antara yang disediakan sepanjang event berkenaan. 

Sebenarnya event sudah bermula Jumaat lagi. Tapi ramai datang last day. Cuti, kan?

Tujuan karnival ini diadakan adalah bertujuan mengutip dana tambahan untuk membina dewan tertutup di sekolang along Izz. Makna kata membeli sambil mendermalah.

Suruh naik takut. takut kena tangkap katanya. 

Habis ditekan-tekan semua button yang ada di motosikal berkenaan. Polis yang naik risau. Hahaha

Booth Bank Negara.
Hope event berkenaan capai matlamatnya kerana aku disana tidak sampai 2 jam pun. Itupun setelah along Izz dan angah Izz kepenatan sangat-sangat dan mereka sendiri yang ajak balik. 

Haaa, tahu penat kan? tadi tak ingat dunia. Habis berpeluh-peluh sampai tak larat mereka.


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. kalau bawak anak jenuh nak pujuk ajak balik ni.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang jenuh. Cumanya bila mamanya sudah bertukar iras-iras hulk, barulah diorang mengalah. hahahah

    ReplyDelete
  3. letih tgok gambo yg last tu..lencun angah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak lenjun? Berlari-lari tak henti2...

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post