KETAGIH DENGAN NUTRISI PARENTERAL (TPN)?

Assalammualaikum . . . 


Sudah dua kali ujian OFF Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz dijalankan. Pada UJIAN 1, adik Izz berjaya melalui dengan agak berjaya kerana dia tidak Hypo (kurang gula dalam darah). Namun pada UJIAN 2 kali ini, adik Izz telah Hypo dan terpaksa di'drip' HSD10 bagi mengekalkan kandungan gula dalam darahnya. 

Aku tidak pasti untuk nyatakan ianya samada kurang berjaya ataupun gagal. Yang pastinya, adik Izz akan lalui lagi ujian berkenaan pada sesi UJIAN 3 nanti pula. 

Apa yang ketara aku nampak apabila adik Izz tidak diberi Nutrisi Parenteral (TPN), keadaannya agak sedikit lemah. Adik Izz lebih kerap berbaring dan agak moody. Meragam pun satu hal bagaikan ada yang tidak kena. Mungkin sebab baru jalani ujian ataupun adik Izz memang tidak boleh tidak OFF Nutrisi Parenteral (TPN). 

Memang meragam sahaja adik Izz apabila tanpa TPN. Semua tidak kena padanya.

Moody, kurang aktif, hendak dapat dia senyum? emmm, memang payah.

 Tapi, apabila adik Izz dapat Nutrisi Parenteral (TPN) dengan tidak semena-mena dia power up. Aktif semacam, terus sahaja senyum. Macam bateri baru di cas. 

Sepatutnya susu yang diberi 6 kali sehari sebanyak 75ML melalui tiub Gastro memadai untuk menampung sedikit sebanyak keperluan hariannya. Tapi, bila dilihat seakan tidak mencukupi pula. 

Bila ON TPN, macam dunia itu dia yang punya.

Ketawa, tawa, nampak riang sahaja adik Izz. 

Jika melalui mulut pula, memang sedikit sangatlah adik Izz minum susu ataupun makan bubur. Yang banyak hanyalah air masak sahaja. Ujian-ujian ini diadakan bertujuan melihat kemampuan adik Izz tanpa Nutrisi Parenteral (TPN) kerana adik Izz dalam persediaan balik ke rumah. Balik tanpa TPN dan datang semula untuk TPN. 

Rasanya sudah agak lama sangat adik Izz ditahan di wad. Jika dilihat secara fizikal, sememangnya adik Izz sihat. Entahlah, mungkin hendak sembuh itu perlukan lagi sedikit masa. 

Inshaa Allah. Yang pasti, doa haruslah berterusan. Selebihnya, terserah kepada Yang Maha Esa. Yang pasti, TPN itu nutrisi semata-mata bukanlah sejenis dadah ataupun tongkat ali ataupun pil tenaga. 

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    aloloooooooooo
    nomei adik izz tersenyum
    luruh segala sebak di dada tengok senyuman adik izz
    manis sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Kalau hari2 melihatnya begitu, seronok rasa.
      Tapi itulah, kadang2 dia agak kesakitan. Jadi, tak dapat dia sembunyikannya dengan senyuman.
      Kasihan juga bila dia bermurung.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post