Assalammualaikum . . .
Semalam adik Izz mendapat kunjungan dari Team Gerak Khas WarnaCeria (TGKWC). Terima kasih aku ucapkan atas lawatan dan sumbangan dari pihak mereka. TGKWC yang baru-baru ini sahaja aku tahu, itupun setelah aku mendapat private message dari salah seorang sukarelawan/ sukarelawati team berkenaan beberapa ketika dahulu yang bertanyakan berkenaan adik Izz.
Sampai juga mereka setelah beberapa kali bertanyakan keadaan adik Izz. Terima kasih banyak-banyak. |
Melalui page facebook mereka, TGKWC ditubuhkan sebagai unit amal WarnaCeria yang cuba membantu insan-insan yang ditimpa musibah ataupun kesusahan. Aku selalu mengikuti perkembangan TGKWC ini dan mereka yang berpengkalan di Kedah sudahpun pergi ke serata negeri bagi tujuan lawatan dan memberikan sumbangan serta sokongan moral.
Status salah seorang sukarelawan berkenaan lawatan TGKWC semalam. |
Rasanya tidak ramai yang mengetahui tentang TGKWC ini namun usaha yang mereka lakukan sangat mulia. Ada yang berkongsi mengenai penderitaan kanak-kanak lain di page mereka. Aku doakan agar usaha murni mereka ini diberkati Allah. Mereka sanggup datang dari jauh dan berkongsi kedukaan bersama-sama yang lain. Semoga apa yang mereka usahakan ini berterusan.
Inshaa Allah.
Klik TGKWC untuk ke page amal mereka.
Sungguh saya teringin nak tengok adik Izz juga..
ReplyDeleteInshaa Allah ada rezeki dan peluang nanti bertemu adik Izz.
DeleteTerima kasih.
Assalam papa izz,
ReplyDeletealhamdulillah
kunjungan ziarah yang membawa kegembiraan pada adik izz
Wassalam,
Deletemurni niat mereka itu. Sedikit sebanyak memberi sokongan moral kepada kami.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!