PULANGLAH DENGAN SIHAT ANAKKU

Assalammualaikum . . .


Jangkaan kepulangan anakanda tercinta adik Izz yang diberi doktor adalah Isnin hadapan. Dan seperti sebelum-sebelum ini apabila diberitahu pakar yang adik Izz sudah boleh pulang, adik Izz akan mula tidak sihat. 

adik Izz kuat. Harap kekuatanmu itu berkekalan hendakNya.

Sekejap dia akan demam, selsema, batuk-batuk dan pelbagailah. Ini semua sebenarnya akan membantutkan sedikit proses kepulangan adik Izz. Iyalah, takkanlah doktor hendak melepaskan patient mereka yang masih sakit, kan? 

Dan semalam? Emmm, adik Izz sudah mula batuk-batuk dan muntah-muntah pula. Kebetulan opah Izz yang ambil alih menjaga adik Izz semalam, adik Izz pula agak kurang sihat itu, nampaknya tak lena tidurlah opah Izz. 

Tidak mengapa, hari ini mama Izz yang akan menjaga adik Izz pula. Aku harap adik Izz cepatlah baik, bukan apa nanti akan melanjutkan tempoh 'penahanan' di wad pula. 

Sudah tidak sabar rasanya hendak membawa adik Izz pulang. Terbayangkan setiap hari apabila aku, mama Izz, along Izz dan angah Izz pulang sahaja akan disambut oleh adik Izz dirumah. Mesti best! Harap Allah lancarkan perjalanan kami dan adik Izz ini. 

Inshaa Allah.

7 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. in sha Allah..sama2 kita doakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Janganlah berlaku halangan lagi. Amat mengharap sangat kepulangannya kali ini.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Semoga allah permudahkan buat adik Izz...nampak dia makin sihat dh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Alhamdulillah. Syukur bila lihatnya sihat.

      Delete
  3. Assalam papa izz,
    moga adik izz kuat & cepat sehat
    insyaAllah AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Terima kasih mendoakan adik Izz

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post