Assalammualaikum . . .
Semalam merupakan hari lahir adik Izz yang ke 2 TAHUN. Kakitangan dari bahagian Nutrisi Parenteral (TPN) Hospital Kuala Lumpur bermurah hati memberikan adik Izz hadiah. Terima kasih diucapkan. Nenek Izz dan acik Lin Izz juga sudi singgah menziarahi adik Izz walau seketika.
Tak sabar-sabar adik Izz ingin buka hadiah itu. |
Boleh dikatakan kakitangan TPN akan datang setiap hari untuk meninjau keadaan adik Izz. Nutrisi Parenteral (TPN) diberikan kepada adik Izz bergantung kepada keperluan hariannya berdasarkan keadaan semasanya. Maknanya akan ada gizi yang ditambah dan ada gizi yang akan dikurangkan. Jumlah jam diberi pula bergantung kepada saranan pakar.
Excited sangat adik Izz dengan hadiah itu. |
Aku belum beri apa-apa hadiah lagi buat adik Izz. Perancangan dengan mama Izz adalah untuk jamu kakitangan wad KK4 Institut Pediatrik itu pada Isnin hadapan disamping adik Izz potong kek. Inshaa Allah.
Waktu adik Izz perlu mandi, tapi masih belum boleh buka hadiah. |
Pagi semalam, doktor ada memberitahu opah Izz yang pada petangnya ingin berjumpa dengan parent adik Izz. Dalam hati ini, macam-macam yang difikirkan. Mungkinkah adik Izz akan jalani ujian lain? atau mungkinkan adik Izz akan jalani pembedahan lagi?
Dan petang semalam apabila berjumpa dengan doktor, doktor cuma kata "adik Izz akan continue dengan Home TPN. Mungkin secepat-cepatnya dibenarkan pulang minggu hadapan". Allahuakbar, Alhamdulillah. Benarkah berita yang aku dengar ini? Gembira rasanya apabila mendengar perkhabaran itu. Opah Izz yang sebelum itu agak emotional, juga berubah air mukanya. Tampak opah Izz sangat gembira dengan berita itu.
Akhirnya. Terima kasih kepada kakitangan TPN atas hadiah diberikan |
Sebelum ini, adik Izz telah jalani 2 kali ujian OFF Nutrisi Parenteral (TPN) selama 2 hari. Pada aku, ianya agak kurang berjaya kerana adik Izz Hypo. Pelan awal adalah untuk benarkan adik Izz pulang tanpa TPN, dan admit untuk TPN. Apabila ujian agak tidak membuahkan hasil, pelan diubah kepada Home TPN iaitu pulang dengan TPN dilakukan dirumah.
Tapi, sebelum itu, mungkin dalam beberapa hari ini, kakitangan TPN akan melihat mama Izz melakukan sendiri dressing untuk TPN. Nampaknya mama Izz kena refresh lah semula tentang cara-cara dressing TPN. Sebelum ini mama Izz sudah pernah lakukannya kerana adik Izz pernah ber Home TPN selama 59 HARI di rumah.
Semoga apa yang dirancangkan ini akan berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Mendengar perkhabaran adik Izz boleh pulang merupakan 'hadiah' yang paling bermakna. Inilah pemberian Ilahi kepada aku sekeluarga.
Mudah-mudahan.
Kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Izz disamping mendoakannya melalui fb, page, sms, whatsapp dan sebagainya, TERIMA KASIH banyak-banyak ye!
Happy belated birthday Adik Izz... Moga Adik Izz cepat-cepat sembuh sepenuhnya yer... You are just way too cute dearly...
ردحذفThanx aunty Farah. Semoga apa yang didoakan, diperkenankan olehNya.
حذفAssalam papa izz,
ردحذفalhamdulillah
syukur kehadrat Ilahi
chaiyok3 adik izz :)
Wassalam,
حذفDah lama menanti kata-kata begitu dari pakar. Alhamdulillah. Semoga 'hadiah' ini lama pulangnya. Inshaa Allah
allahuakbar betul ke adik dah boleh balik..alhamdulillah syukur...
ردحذفada masa Insya Allah nak datang ziarah adik kat Presint 9..
apa pun selamat hari jadi adik..semoga kuat n terus sihat.. :)
Itulah yang dikatakan doktor. Hope tiada halangan untuk adik Izz balik.
حذفDatanglah @mommyizz jika berkesempatan
Terima kasih dengan ucapan dan doa diberikan.
ردحذفhepi belated adik izz...sorry ibu lmbt wish...tp doa ibu sentiasa mengiringi adik izz...semoga adik izz cepat2 sembuh ye...
ردحذفTerima kasih. Semoga doa ibu dimakbulkan hendakNya.
حذفInshaa Allah
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!