Semalam rumah kami mendapat kunjungan khas dari pihak Hospital Kuala Lumpur. Kunjungan yang sebenarnya sudah lama dirancang sejak dari mula-mula lagi adik Izz di bawah Program Home TPN. Kunjungan ini sebenarnya syarat yang pihak HKL sendiri tetapkan. Tujuannya untuk melihat segala kelengkapan, keperluan dan kehendak dibawah Home TPN Programme dipenuhi.
Alhamdulillah dalam kunjungan semalam yang dihadiri seorang doktor dari Wad KK4 Institut Pediatrik beserta seorang jururawat, 2 orang doktor TPN (Total Parenteral Nutrition) dan seorang Dietician, semuanya memenuhi syarat-syarat keperluan yang dikehendaki.
Mujur dietician yang datang itu bukannya dietician yang selalu along Izz jumpa. |
Selain itu, kehadiran mereka juga adalah untuk melihat sendiri bagaimana kami membuat persediaan untuk pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) kepada adik Izz. Apa yang diajar semasa adik Izz di wad dahulu, langkah demi langkah kami ikuti. Bermula dengan preparation, dressing sehinggalah adik Izz mendapat Nutrisi Parenteral (TPN) nya. Berdebar jugalah semalam sehinggakan mama Izz nak pakai surgical glove pun ambil masa. Selalunya lancar je. Biasalah, buat di depan para doktor sambil tu dirakamkan pula videonya.
Setiap langkah diperhatikan. Terima kasih atas tunjuk ajar |
Alhamdulillah, apa yang kami lakukan setiap hari tiada apa yang salah malah langkah pencegahan tambahan seperti membalut setiap sambungan tubing dengan gauze (diajar oleh mama Hasif) mendapat pujian daripada doktor. Dari segi penyimpanan barang keperlan pakai buang steril adik Izz juga mematuhi keperluan mereka. Takut juga kami andai kami ada melakukan kesilapan. Tanya jugalah kami kepada doktor samada ada lagi keperluan yang penting tetapi kami belum sediakan lagi, doktor kata apa yang ada sudah memadai. Syukur.
Opah Izz menyediakan mee kari, agar-agar dan kek batik. |
Terima kasihlah kerana sudi berkunjung ke teratak kami ini. Terima kasih juga kepada opah Izz yang sudi memasak juadah buat para doktor ini. Orang dah datang rumah, kami jamulah dengan apa yang termampu. Kalau senang, datanglah lagi. Inshaa Allah.
Sumbangan dari semua juga banyak membantu kami menyediakan keperluan buat adik Izz serta keperluan bilik khasnya. Terima kasih banyak-banyak kami sekeluarga ucapkan.
macam2 adik Izz kena lalui..
ردحذفkesian dia
Assalam papa izz,
ردحذفada inspection yer
berdebor2 la mama izz kan3
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!