Susulan nampak CUFF (penanda) pada tiub CVL adik Izz yang mana sepatutnya ia kekal berada dibawah kulit (BACA DISINI), mulalah rasa tidak senang. Tapi, aku cuba hold dahulu untuk bawa adik Izz ke hospital kerana tidak nampak pergerakan ketara pada tiub CVL berkenaan. Bertahanlah CVL berkenaan selama 2 hari sehingga next checkup.
Cuff yang berwarna sedikit kekuningan sudah nampak! |
Rutin mingguan adik Izz seperti biasa setiap Jumaat datang ke wad untuk buat ujian darah dan timbang berat badan disamping pemeriksaan yang lain-lain. Bila doktor melihat tiub CVL adik Izz dengan CUFF yang sudah kelihatan, doktor buat keputusan untuk menjahit tiub CVL berkenaan. Tiub berkenaan masih boleh digunakan lagi, cuma perlu dijahit bagi mengelakkannya TERCABUT.
Tiub CVL yang sudah dijahit dimana Cuff sudah tidak kelihatan lagi. |
Adik Izz cuma diberi ubat tidur dan dia akan ditahan sebentar untuk tujuan observation. Tidak perlu admit ward pun but still aku kena tunggu sehingga petang. Rasanya 2 kali adik Izz diberi ubat tidur kerana pemberian ubat tidur kali pertama melalui oral tidak berkesan, dan pemberian ubat tidur kali kedua diberi melalui tiub CVL. Alhamdulillah semuanya ok menurut apa yang aku lihat. Cuma bab 'dressing' agak lambat sedikit kerana benang turut melekat pada Gauze yang menutupi tiub CVL adik Izz.
Harap mampulah tiub CVL kali ini bertahan lama. Inshaa Allah
aunty yang tengok ni tak henti-henti doa untuk adik izz... semoga cepat sembuh sayang....
ReplyDeleteAmin, amin, amin.. Mudah2an makbul doa rakan2 semua. Inshaa Allah
Deletetak sanggup tengok. doa tak putus2 amin amin aminn
ReplyDeleteAmin, Inshaa Allah. Terima kasih mendoakan adik!
DeleteAssalam pap izz,
ReplyDeletemoga adik izz baik2 saja
chaiyok3 yer sayang
Wassalam. Mudah-mudahan makbul doa2 kita semua. Aminn
DeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!