KANTIN ATAU PENJAJA, YANG MANAKAH LEBIH NILAI?

Setiap pagi kami akan beri along Izz RM3 sebagai duit belanja sekolah disamping bekalkannya dengan air milo kotak. Dan setiap hari jugalah memang tiada baki yang akan along Izz pulangkan. Aku tahu along Izz hanya akan beli air minuman di kantin samada air kotak, air bungkus ataupun air botol. Jaranglah dia akan beli makanan walaupun setiap petang apabila ditanya, dia akan jawab beli nasi lemak dan air. Duitnya kebiasaannya akan habis di koperasi sekolah dan jika ada baki syiling pula, dia akan habiskan di public phone sekolah. Itu apa yang selalu aku perhatikan. Pernah juga aku bertanya kepada security sekolah, dan dia hanya pernah nampak sekali sahaja along Izz beli nasi lemak dan makan.

food truck PWTC
Jenis makanan sebegini, along Izz tak berkenan langsung.
 
Sebab apa aku kata along Izz habiskan duit di koperasi? Sebabnya setiap hari akan ada alat tulis baru di dalam beg mahupun bekas penselnya. Persekolahan sesi petang along Izz biasanya akan tamat pada 4.45PM dan aku memang akan sampai disekolah menunggunya pulang beberapa minit awal bersama-sama dengan angah Izz. Angah Izz pula setiap hari bila di sekolah along Izz akan minta dibelikan samada nugget ataupun sosej. Mulanya aku fikir harganya agak murahlah juga kerana 2 ketul nugget ataupun 2 ketul sosej kecil dijual dengan harga RM1. 

Nak dijadikan cerita, semalam along Izz pulang awal dari sekolah sekitar jam 3.30PM kerana pihak sekolah ada persiapan yang perlu dibuat pada petang hari. Selepas menjemput along Izz dari sekolah, aku ambil keputusan untuk menjemput angah Izz pula dari taska. Dah alang-alang keluar dari pejabat, aku teruslah lajak ke pejabat mama Izz untuk menunggunya pulang. 

Sebelum sampai di pejabat mama Izz, aku singgah di 'food truck' yang menjual goreng pisang, keropok lekor, nugget, fishball, crab ball dan sebagainya di lampu isyarat berhampiran stesen LRT PWTC tu. Aku pun belikan anak-anak 1 cucuk crab ball, 1 cucuk fishball, 1 cucuk nugget dan 1 cucuk sosej kecil. Semuanya RM4. Maknanya secucuk jatuh RM1 dan setiap cucuk ada 3 ketul. Laaa, harga sama dengan kantin sekolah along Izz tetapi kuantitinya lebih seketul berbanding kantin sekolah. Untung lagi beli di luar sekolah. 

Kenapa kantin sekolah jual sedikit berbanding penjaja di jalanan tu? Mungkin PREMIUM gred, agaknya!

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. he he he, special sebab untuk kanak-kanak sekolah agaknya...

    ReplyDelete
  2. mungkin kualiti kot yg sekolah pakai berkualiti sikit mahal sikit banding ngn penjaja akan beli yg asal ada rasa yg pntg dpt untung lebih.. agaknya lahh..

    dr http://28febtojuly59.blogspot.com/2015/05/segmen-blogwalking-cuti-semestar-by.html#comment-form

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post