KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH

Kejohanan Balapan dan Padang Sk Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS). Patutlah along Izz setiap hari nampak penat dan malam harinya dia akan tidur awal. Kadang-kadang seawal jam 8:30PM dia sudah melelapkan matanya. Dua minggu sebelum kejohanan, along Izz sibuk dengan peperiksaan awal tahun dan juga peperiksaan KAFA. Lepas itu dia sibuk pula dengan kejohanan ini yang mana setiap hari diadakan latihan dan juga raptai. Patutlah setiap hari dia akan berpakaian sukan. Kejohanan ini sudah berlalu pun yang mana diadakan pada Jumaat lepas. Dibahagikan kepada dua sesi iaitu untuk Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap Satu diwakili oleh pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 dan Tahap 2 diwakili pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6.

Trust School
Budak dah tak sabar nak bersukan. Tiada istilah warmup padanya.

 Seperti sukan sekolah kita dahulu, mereka dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Di sekolah along Izz, ada empat rumah sukan yang dibahagikan mengikut warna iaitu Rumah Merah, Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Apa yang aku lihat, tahun satu lebih kepada acara sukaneka. Menariknya, diadakan perbarisan masuk oleh setiap rumah sukan. Aku dan mama Izz serta angah Izz turut hadir bersama-sama dengan ibubapa pelajar lain memberi sokongan kepada anak masing-masing. Along Izz diletakkan dibawah Rumah Hijau sama seperti aku masa sekolah dahulu. Barulah 'like father like son'. Apa acara yang along Izz masuk? Emmm, tiada pun. Lebih kepada dia bermain bersama-sama rakan-rakannya sahaja. Sekejap-sekejap dia datang minta duit hendak beli air minuman walaupun di setiap khemah rumah sukan sudah disediakan air minuman. 

Rumah Hijau rumah sukan terbaik
Seronoknya dia dalam perbarisan. Hancur barisan dibuatnya.

Semasa perarakan perbarisan, elok je tersusun semua pergerakan pelajar. Tapi bila masing-masing sudah masuk ke rumah sukan, sudah bersepah-sepah dah aku lihat. Bila acara hendak bermula, sampai terjerit-jerit cikgu panggil pelajar. Ibu bapa pula seperti biasa sudah macam wartawan. Berterabur ditengah padang kerana ingin tangkap gambar anak yang sedang bersukan. Kalaulah aku friends dengan semua parent nih, mesti wall facebook aku penuh dengan status anak-anak bersukan. Apapun, aku harap along Izz akan terlibat dengan acara tarik tali tahun depan. Sebabnya peserta tarik tali tahun ini, semuanya gedabak-gedabak macam along Izz. Hahaha.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post