KUATKUASAKAN WAKTU BEKERJA ANJAL (WBA)

Assalammualaikum . . .

Gembira mama Izz apabila dia dapat menjemput along Izz pulang dari sekolah. Jika sebelum ini papa Izz yang akan menjemput along Izz balik dari sekolah, then barulah papa Izz menjemput mama Izz. 

KAFA
Along Izz pun terkejut sebenarnya bila mama Izz tetiba menjemputnya.

Mulai Mei 2015 ini, Ketua Eksekutif Perbadanan tempat dimana mama Izz mencari rezeki bersetuju untuk melaksanakan Waktu Bekerja Anjal (WBA) menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB). Maknanya jika sebelum ini mama Izz memilih WP2 (8:00AM - 5:00PM) sebagai waktu bekerja, selepas ini mama Izz akan pulang dari pejabat mengikut waktu mama Izz masuk kerja dengan syarat cukup 9 JAM. 

PTPK
Jadual 1 : Contoh Waktu Bekerja Anjal (WBA)

Andaikata paginya mama Izz punch in lebih kurang 7:40AM, maknanya mama Izz akan punch out pada 4:40PM. Begitulah seterusnya. Tapi ada syaratnya. Waktu bekerja minimum mama Izz masih lagi bermula 7:30AM dan waktu bekerja maksimumnya bermula pula adalah 8:45PM. Bukanlah jika punch in jam 7:00AM, boleh balik jam 4:00PM. Masih juga dikira sebagai masuk jam 7:30AM. Dan bukanlah bermaksud boleh masuk jam 10:00AM kemudian balik jam 7:00PM. 

Waktu Bekerja Anjal
Jadual untuk Jumaat.
Waktu Bekerja Berperingkat
Juga jadual hari Jumaat. Rehat agak panjang!

Kalau boleh untunglah! Hehehe.

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    waaaa
    boleh lagutu nooooooo
    best laaaaaa he3
    Alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post