Assalammualaikum . . .
Gembira mama Izz apabila dia dapat menjemput along Izz pulang dari sekolah. Jika sebelum ini papa Izz yang akan menjemput along Izz balik dari sekolah, then barulah papa Izz menjemput mama Izz.
Along Izz pun terkejut sebenarnya bila mama Izz tetiba menjemputnya. |
Mulai Mei 2015 ini, Ketua Eksekutif Perbadanan tempat dimana mama Izz mencari rezeki bersetuju untuk melaksanakan Waktu Bekerja Anjal (WBA) menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB). Maknanya jika sebelum ini mama Izz memilih WP2 (8:00AM - 5:00PM) sebagai waktu bekerja, selepas ini mama Izz akan pulang dari pejabat mengikut waktu mama Izz masuk kerja dengan syarat cukup 9 JAM.
Jadual 1 : Contoh Waktu Bekerja Anjal (WBA) |
Andaikata paginya mama Izz punch in lebih kurang 7:40AM, maknanya mama Izz akan punch out pada 4:40PM. Begitulah seterusnya. Tapi ada syaratnya. Waktu bekerja minimum mama Izz masih lagi bermula 7:30AM dan waktu bekerja maksimumnya bermula pula adalah 8:45PM. Bukanlah jika punch in jam 7:00AM, boleh balik jam 4:00PM. Masih juga dikira sebagai masuk jam 7:30AM. Dan bukanlah bermaksud boleh masuk jam 10:00AM kemudian balik jam 7:00PM.
Jadual untuk Jumaat. |
Juga jadual hari Jumaat. Rehat agak panjang! |
Kalau boleh untunglah! Hehehe.
Assalam papa izz,
ردحذفwaaaa
boleh lagutu nooooooo
best laaaaaa he3
Alhamdulillah
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!